KUCHING: Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Larry Sng Wei Shien telah menggantung tugas Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahamda dan Ketua Penerangan PBM, Zakaria Hamid berkuatkuasa serta merta.
Larry menegaskan, keputusan tersebut dibuat berdasarkan Perlembagaan PBM Fasal 60 (iii) bertitik tolak kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi parti bertarikh 7 Oktober 2022 yang telah dilaksanakan melampaui arahannya sebagai Presiden parti.
“Berdasarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), setakat hari ini, saya masih memegang jawatan yang sah sebagai Presiden PBM.
“Mesyuarat itu diadakan serentak semasa ucapan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, dan saya dimaklumkan hasil mesyuarat tersebut selepas ianya selesai.
“Keputusan yang dibuat semasa mesyuarat tersebut telah melantik Datuk Zuraida Kamarudin sebagai Presiden parti sedangkan jawatan tersebut tidak pernah sekalipun dikosongkan,” terang beliau menerusi kenyataan di Facebook rasminya pada Khamis.
Tegas penyandang Parlimen Julau itu, beliau mengutuk sekeras-kerasnya gerakan politik tersebut yang secara jelas telah merendahkan kepercayaan kepimpinan saya.
“Ia juga mengakibatkan kekeliruan kepada ahli parti dan orang awam secara keseluruhannya, maka jawatan mereka ini akan terus digantung sehingga Jawatankuasa Disiplin ditubuhkan untuk menilai perkara ini selepas pilihan raya.
“Buat sementara waktu, tugas dan tanggungjawab Setiausaha Agung akan diserahkan sementara kepada timbalannya, Jenny Chiew”, katanya lanjut.
Salinan pendaftaran RoS yang dimuat naik Larry itu mengandungi 28 senarai nama ahli-ahli jawatankuasa PBM untuk sesi 2021 sehingga 2024 didahuluinya selaku Presiden, Timbalan Presiden (2), Naib Presiden Kanan (2), Naib Presiden (3), Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Setiausaha Agung dan Timbalan, Bendahari Agung, Ketua Penerangan dan 14 Ahli Majlis Tertinggi.
Nuzuluddin Abdul Razak
Thu Oct 27 2022

Menerusi kenyatsaan di Facebooknya Larry Sng menggantung tugas Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahamda (kiri) dan Ketua Penerangan PBM, Zakaria Hamid berkuat kuasa serta merta - Foto BERNAMA

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.

PBM sahkan akan bertanding pada PRN Sabah
Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan datang.

Malaysia berminat menjadi pengeluar utama WPC
Negara memiliki sumber dan kepakaran mencukupi untuk menghasilkan produk WPC berkualiti tinggi bagi memenuhi permintaan pasaran.

Zuraida dakwa dipecat PBM kerana kecuaian RoS
Zuraida mendakwa pemecatan itu tidak sah dan percaya RoS sebagai responden mendaftarkan beliau sebagai Presiden PBM selepas menerima surat pada 27 Oktober tahun lalu.

Idea kasino di Borneo Highlands, Kuching kontroversial tapi berani - Larry Sng
Idea pembukaan kasino di Borneo Highlands, Kuching boleh membantu memacu pertumbuhan ekonomi negeri Sarawak.

PBM Pahang umum bubar jawatankuasa negeri, hilang kepercayaan kepada presiden
Parti Bangsa Malaysia (PBM) Pahang mengumumkan pembubaran jawatankuasa negeri dan lapan bahagian yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

PBM pecat Zuraida, 10 pemimpin lain
Parti Bangsa Malaysia (PBM) memecat 11 pemimpinnya termasuk Datuk Zuraida Kamaruddin yang dicanangkan sebagai bakal presiden parti itu.

PBM tarik balik penggantungan dua Ahli Majlis Tertinggi
Penetapkan untuk menarik balik penggantungan keahlian serta mengembalikan jawatan dua ahli AMT berkenaan telah dipersetujui jawatankuasa disiplin parti.

RoS sahkan Larry masih Presiden PBM
Berdasarkan rekod Larry masih presiden dan jika ada pertikaian mengenai jawatan itu, ia perlu diselesaikan di peringkat parti tersebut.

Kemelut PBM: Sng gantung jawatan 12 Ahli Majlis Tertinggi termasuk Zuraida
Sng berkata keputusan itu dibuat selaras dengan perlembagaan parti Fasal 60 (iii).

Larry dakwa masih Presiden PBM, gantung tugas dua Ahli Majlis Tertinggi
Larry menegaskan, keputusan dibuat berdasarkan Perlembagaan PBM susulan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti bertarikh 7 Oktober 2022 yang telah dilaksanakan melampaui arahannya sebagai Presiden parti.