SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang meminta penyokong parti itu kekal tenang buat masa ini.

Menurutnya, pimpinan parti sedang mengusahakan sesuatu dan menegaskan masih di hadapan.

"Kekal tenang. Kita sedang usahakan. Kita masih di hadapan.

"Mereka merancang. Allah merancang. Kita di pihak yang benar. InsyaAllah kita terpelihara, negara terpelihara," katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya pada Khamis.



Kenyataan Abdul Hadi itu dipercayai merujuk kepada pembentukan kerajaan persekutuan dan pemilihan Perdana Menteri ke-10.

Ia selepas BN memutuskan menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui PN. - Sinar Harian