Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yakin pengagihan kerusi membabitkan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), mampu ditangani dengan baik.
Beliau berkata sebarang isu perbezaan pendapat berhubung pengagihan kerusi, diyakini dapat diselesaikan oleh Majlis Presiden dan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional, secara harmoni.
"Rundingan bersama (antara komponen PN) akan bincang dalam masa terdekat...proses rundingan kerusi ini akan berjalan dan mengambil masa, tetapi kita yakin boleh selesai dengan baik.
"Secara prinsipnya kita akan kekal di negeri-negeri yang didominasi setiap parti," katanya yang ditemui pemberita selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya PAS Johor, di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal semalam, berhubung terdapat pemimpin UMNO yang tidak bersetuju, sekiranya Kedah dan Terengganu diserahkan 'bulat-bulat' kepada PAS pada PRU15.
Ini kerana ada pemimpin beranggapan bahawa UMNO masih mempunyai kekuatan di dua negeri terbabit, dan kegagalan dalam PRU14 adalah disebabkan pertembungan tiga penjuru.
Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air dalam masa sama menyifatkan, pandangan pemimpin UMNO tersebut sebagai pandangan peribadi mereka, dan PAS tidak mempunyai masalah mengenainya.
"Pandangan-pandangan daripada individu itu dianggap pandangan peribadi masing-masing, kita tidak boleh sekat pandangan masing-masing," katanya.
Mengenai persiapan PRU15, beliau berkata parti itu sudah bersedia menghadapinya dan sedang menggiatkan usaha menambah keanggotaan, di setiap negeri.
"Kalau tengok dalam kerjasama antara PAS dan UMNO serta parti-parti lain (komponen), kita yakin kita akan tambah kemenangan kita.
"Sebab kalau dahulu UMNO dan PAS bersendirian pun kita sudah capai kemenangan, sekarang dengan gabungan muafakat, kita yakin kita akan dapat lebih baik dari sebelum ini," katanya.
Bernama
Sun Jul 19 2020
Tuan Ibrahim yakin pengagihan kerusi membabitkan parti komponen dalam PN pada PRU15, mampu ditangani dengan baik. - Foto BERNAMA
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek