Dewan Pemuda Pas mendedahkan kelemahan parti itu yang tidak mempunyai jentera cybertroopers hebat untuk menguasai perang saraf di media sosial berbanding cybertroopers Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu.
Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Jerlun, Abd Hadi Omar berkata cara biasa yang digunakan parti itu sebelum ini untuk menangkis fitnah di pentas ceramah, kuliah dan ceramah berkelompok, sudah tidak begitu relevan dengan perkembangan pantas era teknologi maklumat ketika ini.
"Penerangan melalui cara lama ini hanya mampu memberi kesan 20 peratus sahaja berbanding 80 peratus cara yang lebih efektif menggunakan media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Youtube, Instagram dan Twitter.
"Kita perlukan jentera di media sosial yang lebih pantas menyampaikan maklumat dengan fakta dan data yang tepat...Dewan Pemuda Pas juga perlu menonjolkan lebih ramai figura baharu yang lebih responsif dan cakna isu semasa sekiranya mahu lebih cemerlang dalam PRU15 kelak," katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda Pas Muhd Khalil Abdul Hadi dalam Muktamar DPPM ke 59 di sini, pada Jumaat.
Timbalan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Ir Ahmad Rafaei Abd Rashid pula mencadangkan Pas mewujudkan satu jabatan khas untuk 'pemikir pemasaran' yang mampu menggerakkan satu pelan strategi baharu di media sosial.
"Kita juga memerlukan dana yang besar untuk aktiviti parti di media sosial menjelang PRU15, menyediakan latihan khas kepada cybertroopers parti menyebarluaskan aktiviti, kenyataan dan mempertahankan parti dari fitnah di media sosial.
"Sepatutnya, setiap kenyataan dan penerangan pemimpin mengenai satu-satu isu perlu dikongsi seluas mungkin oleh setiap anggota parti, namun ia tidak berlaku...contohnya, liputan perjalanan Muktamar Dewan Pemuda Pas secara live petang ini juga agak suram, hanya 300 'viewer' sahaja, ini perlu kita ubah, dengan segera," katanya.
Beliau juga menarik perhatian perwakilan dengan menyatakan kebanyakan kerja parti dilakukan oleh anggota Pemuda Pas yang turut mempunyai banyak komitmen lain, justeru parti perlu mempunyai kakitangan tetap untuk media sosial seperti penulis siaran media, reka bentuk poster dan teknologi berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 14 2018

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (dua, kiri) beramah mesra dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (kanan) yang turut hadir pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Ke-59 pada Jumaat. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dakwaan ada undi tidak percaya terhadap Tun Mahathir mungkin 'kerja' cybertroopers
Buat masa ini, semakin ramai orang sukakan Tun Dr Mahathir dan ramai mahu beliau kekal sebagai Perdana Menteri.

Pas tidak punya cybertroopers yang hebat untuk kuasai perang saraf di media sosial
Cara biasa yang digunakan parti itu sebelum ini untuk menangkis fitnah di pentas ceramah, kuliah dan ceramah berkelompok, sudah tidak begitu relevan dengan perkembangan pantas era teknologi maklumat.

Tuhan dah uji kita beberapa kali, kalau gagal kali ni, kita tinggal sejarah - Zahid
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua jentera UMNO melakukan yang terbaik bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum akan datang.

UMNO, BN perlu pantas tangani fitnah - Rahman Dahlan
Pengarah strategi dan komunikasi BN itu berkata, pasukan 'cybertroopers' BN perlu lebih cepat menangani fitnah kerana ia kini menular dengan pantas di media sosial.