KUALA LUMPUR: Pas terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO berhubung 27 kerusi kritikal menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, kesemua kerusi terbabit telah dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) dalam PRU lalu.
Justeru, kata beliau, perbincangan boleh diadakan dalam memastikan kesemua kerusi itu berpotensi dimenangi sama ada oleh Perikatan Nasional (PN) atau Barisan Nasional (BN).
"Kerusi ini dimenangi oleh PH sekarang… Pas tak menang, UMNO pun tak menang.
"Kalau muafakat politik dapat dibuat, kita jangka kawasan itu kita menang… misalnya (kerusi) Parlimen Raub dan Bentong," jelasnya dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas ke-63 di Alor Setar, pada Khamis.
Tambah Tuan Ibrahim, sekiranya berlaku pertembungan diantara BN dan PN di kerusi-kerusi berkenaan, beliau percaya yang rugi ialah kedua-dua parti itu.
"Pas terbuka dalam hal ini untuk melihat jauh ke depan kepentingan tersebut. Walau bagaimanapun sebagai sebuah parti kita bersedia dalam semua situasi.
"(Sebanyak) 27 kerusi yang kita rasa kalau bertembung, dua-dua parti akan rugi. PN rugi dan BN pun rugi. Saya nak tegaskan bahawa Pas mendokong penyatuan ummah sebagai teras muafakat politik. Itu teras yang kita masih pegang dan diulang-ulang oleh Presiden parti," jelasnya lagi.
Mengulas lanjut, jelas Menteri Alam Sekitar dan Air itu, hubungan Pas dan UMNO sangat baik, meskipun belum ada sebarang rundingan dijalankan.
"Tidak ada (rundingan), cuma hubungan kita dalam konteks kerajaan Persekutuan yang mendokong semua parti UMNO, Pas dan Bersatu.
"Hubungan kita sangat baik. Tidak ada masalah hubungan peribadi. Cuma dalam konteks parti belum," ujar Tuan Ibrahim.
Fareez Azman
Thu Sep 01 2022
![Pas terbuka berbincang dengan UMNO kedudukan 27 kerusi kritikal - Tuan Ibrahim Pas terbuka berbincang dengan UMNO kedudukan 27 kerusi kritikal - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652678198_DatukSeriTuanIbr.jpg)
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO berhubung 27 kerusi kritikal menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang. - Gambar BERNAMA
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739364907_ArifHavasOegroseno.jpg)
Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara
"Jika China boleh melakukannya, kita juga seharusnya mampu kerana ia adalah sumber terbuka."
![Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030 Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722506966_TBEV.jpg)
Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
![Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724400042_TBladangsawit.jpg)
Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.
#AWANIRingkas 12 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Februari 2025
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
Agenda AWANI: Gencatan senjata: Mampu bertahan tanpa sabotaj
Apa jadi jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel gagal dipatuhi dan apa pula nasib rakyat Palestin ketika harapan dunia mahu bantu Gaza dibina semula? Diskusi 8.30 malam.
Bantuan ke Gaza: Misi ketujuh ke Gaza dari Singapura berlepas hari ini
Sejak bermulanya konflik pada Oktober 2023, Singapura telah menghantar bantuan kemanusiaan untuk Gaza bernilai lebih S$19 juta (AS$14 juta).
![Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731491114_DayangAbdullah.jpg)
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
![Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726292792_AbdulHadiAwang.jpg)
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
![Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727172767_KeluarSekejapKJ.jpg)
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
![Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726381991_tbTanSriAnnuarMus.jpg)
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
![Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726370608_RosliAbdulJabar.jpg)
Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat
PAS melihat sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu semakin meningkat.
![Pensijilan halal: Pas selar kenyataan DAP dakwa Teresa tidak langgar undang-undang Pensijilan halal: Pas selar kenyataan DAP dakwa Teresa tidak langgar undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720932890_TBAhmadFadhlijp.jpg)
Pensijilan halal: Pas selar kenyataan DAP dakwa Teresa tidak langgar undang-undang
Pas menyelar kenyataan DAP mempertahankan dan yakin Teresa Kok tidak bersalah dalam membuat kenyataan berhubung isu halal.
![Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas? soal Presiden UMNO Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas? soal Presiden UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724383713_perhimpunanagungum.jpg)
"Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas?" soal Presiden UMNO
Presiden UMNO sindir Pas dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.
![Pas minta kerajaan teliti jangkaan kenaikan harga di kantin sekolah - Khairil Nizam Pas minta kerajaan teliti jangkaan kenaikan harga di kantin sekolah - Khairil Nizam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723011870_Hentikanintimidasi.jpg)
Pas minta kerajaan teliti jangkaan kenaikan harga di kantin sekolah - Khairil Nizam
Kerajaan perlu meneliti dan mengambil kira keadaan pengusaha kantin sekolah yang kebanyakannya adalah warga emas dan pengusaha kecil-kecilan.
![Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714881308_tbAhmadFadhliShaar.jpg)
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
![Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705202758_TBMASHUP.jpg)
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.