KOTA BHARU: Pas mungkin mempertimbangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sesuai untuk bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun, berkata, sehingga kini parti itu belum menerima sebarang permohonan daripada Khairy.
Beliau berkata, Pas juga tetap terbuka menerima bekas Ketua Pemuda UMNO itu.
"Pas dan Perikatan Nasional (PN) turut mengalu-alukan tokoh atau ahli daripada parti lain yang tidak bersetuju dalam muafakat politik parti mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Bangunan Tahfiz Al Ikhwan Serta Pecah Tanah Fasa II, di sini, pada Jumaat.
Khairy yang menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kalah dalam pertandingan enam penjuru dan kerusi dimenangi calon Pakatan Harapan (PH), Datuk R Ramanan.
Ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi pada PRN, Tuan Ibrahim memberitahu, Pas belum membincangkan perkara itu dan menyerahkannya kepada majlis tertinggi dan jawatankuasa perunding parti.
Bagaimanapun katanya, Pas sudah meninjau simulasi umum untuk memberi fokus kepada negeri yang boleh memenangi PRN.
"Calon muka baharu kira-kira 40 peratus dan kita minta Muslimah dan Pemuda boleh menyenaraikan nama yang sesuai untuk tapisan sebagai calon," katanya.
Tuan Ibrahim turut memberitahu, Pas menerima purata seramai 5,000 ahli baharu setiap sebulan dengan sebahagian besarnya ialah orang muda.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 17 2023
Tuan Ibrahim disambut pelajar Tahfiz Al Ikhwan sempena Majlis Perasmian Bangunan Tahfiz Al Ikhwan Serta Pecah Tanah Fasa II pada Jumaat. - Gambar SINAR HARIAN
Rusuhan di UK wajar dijadikan pengajaran kepada Malaysia - Fahmi
Kejadian itu memberi kesedaran kepada negara bahawa masalah penyebaran berita palsu tidak boleh ditangani secara sambil lewa.
[TERKINI] Ketua Pengarah UKAS, Shamsul Azri dilantik KSN baharu
Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu, berkuat kuasa 12 Ogos 2024.
Wakil UN gesa gencatan senjata, bimbang perang merebak
Seorang ahli jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa gencatan senjata di Semenanjung Gaza kerana bimbang konflik berterusan akan terus merebak di rantau tersebut.
Kumpulan pelaksana dijangka terima kenaikan tertinggi, sehingga 47 peratus - Fahmi
Penjawat awam dalam kalangan kumpulan pelaksana dijangka menikmati kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) antara 15 dan 47 peratus.
FAM percaya sokongan peminat terhadap Harimau Malaya kekal utuh
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) percaya sokongan padu peminat tanah air terhadap pasukan bola sepak negara tetap utuh meskipun Kim Pan Gon tidak lagi bersama skuad Harimau Malaya.
Program #BerbudiBersama di Ipoh perkenal inisiatif Khazanah, santuni komuniti
Khazanah Nasional melancarkan inisiatif #BerbudiBersama, siri program jangkauan komuniti yang berlangsung di seluruh negara.
Mental Zii Jia semakin kuat - Tat Meng
Wong Tat Meng menyifatkan ketahanan mental anak buahnya, Lee Zii Jia semakin hebat berbanding sebelum ini.
Ketua Pengarah UKAS, Datuk Seri Shamsul Azri dilantik sebagai KSN baharu
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, pelantikan itu telah mendapat perkenanan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Pas minta kerajaan teliti jangkaan kenaikan harga di kantin sekolah - Khairil Nizam
Pas meminta kerajaan mencari penyelesaian terbaik terhadap isu lebih 10,000 pengusaha kantin dijangka menaikkan harga makanan sebanyak 50 peratus pada tahun depan.
Pertunjukan dron 'Deadpool & Wolverine' pecah rekod dunia dua kali
Pertunjukan dron oleh Marvel mencipta rekod di San Diego Comic-Con dengan menggunakan 1,599 dron untuk membentuk imej Deadpool.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.
KJ minta Fahmi kekal di landasan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan
Khairy Jamaluddin berkata, tindakan Fahmi menyebabkan pengumuman tersebut tidak mendapat respons baik, sebaliknya menjadi bahan ejekan.
KJ dilantik salah seorang pengarah di Fischer Medical Ventures Ltd
Khairy dilantik atas kapasiti Pengarah Bebas Syarikat untuk tempoh lima tahun bermula 4 Mei 2024.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.