Pas memandang serius kekecohan yang berlaku semasa program Nothing to Hide 2.0, namun dalam masa yang sama berpendapat penganjur sepatutnya lebih 'cermat' dan tidak membuka ruang kepada suasana yang boleh menimbulkan keadaan emosional dan provokasi.
Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku dan ia bukanlah menjadi suatu budaya dalam masyarakat di negara ini.
"Apapun, program tersebut sepatutnya dikawal dengan lebih cermat terutama oleh pihak penganjur supaya ia tidak membuka ruang kepada suasana yang boleh menimbulkan keadaan emosional dan provokasi.
"Peranan ini boleh dimainkan oleh pihak penganjur dengan mengawal keseluruhan keadaan, di samping ahli panel dengan mengelakkan ulasan yang mengundang reaksi negatif dan terakhir sekali peserta program itu sendiri dengan lebih bersopan serta menghormati perbezaan pandangan," katanya.
Beliau mengulas kekecohan yang berlaku pada program Nothing to Hide 2.0 anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam, Ahad lalu, menyebabkan ada yang tercedera dan setakat ini, tiga pemuda ditahan untuk siasatan.
Insiden itu berlaku kira-kira pukul 5.10 petang ketika Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan daripada peserta berhubung peristiwa Memali, apabila ada individu tertentu membaling selipar, diikuti kerusi dan botol air sebelum menyalakan suar dan membalingnya ke arah Dr Mahathir yang berada di tengah pentas.
Keadaan itu telah menimbulkan rasa panik sehingga ramai peserta forum berlari ke luar dewan untuk menyelamatkan diri. Beberapa individu lain dipercayai cedera ringan akibat terjatuh ketika menyelamatkan diri selain berlaku kejadian bertumbuk sesama sendiri.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata PAS menganjurkan supaya rakyat mengelakkan budaya politik perkauman, emosi, permusuhan serta membesar-besarkan sesuatu masalah yang boleh diselesaikan secara damai dan harmoni.
Selain itu, rentetan daripada isu Memali yang dibangkitkan oleh peserta program, PAS merasakan pihak yang berkaitan dengan 'peristiwa malang' tersebut harus mengambil pendekatan lebih bersifat 'ehsan' terutama terhadap keluarga serta sanak saudara mereka yang terlibat.
"Dengan pendekatan demikian, diharapkan agar perasaan dendam, prejudis, syak wasangka dan keegoan sesetengah pihak dapat dihentikan, sebaliknya kita mengorak langkah membela nasib semua pihak yang memerlukan bantuan sama ada material mahupun moral," katanya.
Takiyuddin berkata dalam hal ini juga, PAS pernah menyarankan agar Dr Mahathir sebagai seorang negarawan dapat melawat masyarakat Memali yang terlibat dalam peristiwa berkenaan dengan harapan ia akan menghasilkan suatu natijah yang baik kepada rakyat dan negara.
Dalam peristiwa Memali yang berlaku pada 19 Nov 1985, seramai 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2017
Insiden itu berlaku kira-kira pukul 5.10 petang ketika Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan daripada peserta berhubung peristiwa Memali. - Gambar fail
Arsenal hilang khidmat Bukayo Saka
Bukayo Saka, dijangka akan diketepikan selama lebih dua bulan selepas menjalani pembedahan kecederaan hamstring, kata pengurus pasukan itu, Mikel Arteta.
Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga malam ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 9 malam ini.
Fokus Minggu Depan: Israel bermaharajalela di Asia Barat
Ikuti ulasan Prof. Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Kamaruzzaman Yusoff berkenaan situasi semasa di Asia Barat yang menyaksikan peningkatan serangan rejim zionis Israel.
Ketua WHO antara terperangkap dalam serangan udara Israel di Yaman
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berdepan detik cemas susulan serangan udara yang dilancarkan Israel terhadap lapangan terbang utama Yaman pada Khamis.
Pitbull buat kejutan bersihkan bola kristal terakhir di Times Square
Penyanyi rap terkenal, Pitbull membuat kejutan di bangunan One Times Square New York apabila dilihat membersihkan bola kristal terakhir yang dipasang menjelang sambutan tahun baharu pada Jumaat.
Rasa durian MS88 setanding 'Black Torn', diperluas ke pasaran global
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjenamakan semula varieti durian MDUR 88 kepada MARDI Super 88 atau MS88.
Kerajaan jamin bekalan kelapa mencukupi tampung keperluan perayaan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi untuk menampung keperluan beberapa perayaan awal tahun depan.
Sebatan di khalayak: Kepentingan awam lebih utama daripada aib pesalah
Tindakan sebatan syariah di khalayak ramai yang dilaksanakan di Terengganu semalam tidak melanggar perintah Islam yang menyeru menutup aib individu kerana ia bersifat kepentingan awam.
Namun, peguam syarie dan sivil, Dr Ahmad Jailani Abdul Ghani berpendapat, ada hukuman yang lebih berkesan seperti khidmat kaunseling kerana kebiasaannya pesalah ini datang daripada keluarga yang runtuh.
Namun, peguam syarie dan sivil, Dr Ahmad Jailani Abdul Ghani berpendapat, ada hukuman yang lebih berkesan seperti khidmat kaunseling kerana kebiasaannya pesalah ini datang daripada keluarga yang runtuh.
Najib perlu kemuka permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengemukakan permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong sekiranya ingin menghabiskan baki hukuman kepada tahanan di rumah.
Lagi perusuh diburu polis
Polis masih memburu beberapa individu lagi bagi membantu siasatan membabitkan kes pergaduahan dua kumpulan penyokong bola sepak di LRT Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.
Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.
Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
RCI Batu Puteh: 'Kalau ada siasatan, saya sedia' - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad sedia memberi kerjasama jika siasatan jenayah terhadapnya mahu dimulakan susulan syor daripada laporan RCI Batu Puteh.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
RCI Batu Puteh: Ini pengkhianatan besar terhadap negara - PM Anwar
Pendedahan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan menunjukkan wujudnya pengkhianatan.
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.