JOHOR BAHRU: Pas Johor akan berusaha untuk bertemu dengan pimpinan UMNO negeri dalam masa terdekat bagi berbincang mengenai persefahaman dua parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor atas semangat Muafakat Nasional (MN).
Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Johor, Abdullah Husin berkata, pihaknya telah meminta untuk bertemu dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Hasni Mohammad hari ini, namun difahamkan Menteri Besar itu agak sibuk.
"Kita berusaha untuk bertemu dengan pimpinan UMNO negeri dalam masa terdekat untuk berbincang mengenai persefahaman kita," katanya ketika ditemui di Pejabat Pas Johor di sini, hari ini, sebagai mengulas kenyataan Hasni yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor sebelum ini, bahawa BN negeri bercadang bertanding secara solo pada PRN ini.
Abdullah berkata, beliau melihat kenyataan Hasni itu sekadar pandangan UMNO negeri dan BN negeri memandangkan sebarang keputusan sama ada BN akan bertanding secara solo ataupun tidak, bergantung kepada keputusan Majlis Tertinggi UMNO dan Pas Pusat.
Katanya, masih ada ruang untuk berbincang dalam MN dan Pas Johor boleh bincang dengan UMNO atau BN negeri, namun apa pun keputusan Pas memang sudah bersedia untuk menghadapi PRN.
Menurut Abdullah, sebarang keputusan perbincangan dalam MN itu tidak akan menjejaskan persiapan Pas Johor menghadapi PRN itu dan kira-kira seramai 15,000 jentera PAS termasuk dari negeri-negeri lain akan digerakkan bagi tujuan berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya pada masa sama telah menyerahkan tugas kepada Dewan Pemuda Pas Johor untuk mengambil tanggungjawab menyantuni pengundi muda melalui entiti parti melibatkan anak-anak muda seperti Briged Muda dan Jabatan Amal Malaysia (JAM). - BERNAMA
Bernama
Mon Jan 24 2022
Pas Johor berpendapat, masih ada ruang untuk berbincang dalam MN dan Pas Johor boleh bincang dengan UMNO atau BN negeri, namun apa pun keputusan Pas memang sudah bersedia untuk menghadapi PRN.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat
PAS melihat sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu semakin meningkat.
Pensijilan halal: Pas selar kenyataan DAP dakwa Teresa tidak langgar undang-undang
Pas menyelar kenyataan DAP mempertahankan dan yakin Teresa Kok tidak bersalah dalam membuat kenyataan berhubung isu halal.
"Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas?" soal Presiden UMNO
Presiden UMNO sindir Pas dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.
Pas minta kerajaan teliti jangkaan kenaikan harga di kantin sekolah - Khairil Nizam
Kerajaan perlu meneliti dan mengambil kira keadaan pengusaha kantin sekolah yang kebanyakannya adalah warga emas dan pengusaha kecil-kecilan.
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
Isu Ashabul Kahfi: Boleh kupas tapi jangan cerca, hina, kutuk - PM Anwar
Anwar berkata pandangan beliau disalah tafsir, dikupas sehingga ada yang mencerca dan baginya, tindakan itu adalah keterlaluan dan tidak sepatutnya terjadi.
Lebih 10,000 sertai Himpunan 10K Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan AS
Lebih 10,000 orang menyertai Himpunan 10k Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara pada Sabtu.