Tiada tindakan disiplin akan dikenakan terhadap Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meskipun beliau menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan Nazri itu tidak mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan, meskipun Nazri menyuarakan sokongan terbuka terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu.
"Apa perlunya tindakan disiplin pada beliau (Nazri)? Kita tiada masalah jika Nazri menyokong Datuk Seri Anwar (Ibrahim) di Port Dickson.
"Kita meraikan perbezaan pendapat... apa yang dinyatakan Nazri itu tidak mewakili UMNO dan BN secara keseluruhan tetapi apa yang ditunjukkan Nazri itu adalah pendapat peribadi beliau dan sebagai Ketua UMNO Bahagian (Padang Rengas), kita hormati perbezaan itu," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke-64 di sini, hari ini.
Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas sebelum ini berkata beliau serius untuk menyokong Anwar dan PKR sebagai satu jalan untuk mengembalikan UMNO sebagai kerajaan.
Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pembangkang tidak akan memberi laluan mudah kepada PKR untuk memenangi PRK Port Dickson.
Katanya, ini termasuk PAS bersedia meletakkan calon jika BN atau UMNO tidak bertanding bagi merebut kerusi Parlimen itu yang kosong setelah Ahli Parlimennya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletakkan jawatan.
"Kita tidak akan bagi kemenangan percuma kepadanya (Anwar Ibrahim)...kalau dah tak ada orang bertanding PAS boleh bertanding..sekurang-kurangnya kita boleh mengadakan latihan bersama (UMNO) untuk hadapi PRU15 ....kalah menang itu cerita lain...," kata Abdul Hadi. -- Bernama
Bernama
Sat Sep 15 2018
AHMAD ZAHID: Apa perlunya tindakan disiplin pada Nazri? Kita tiada masalah jika Nazri menyokong Anwar di Port Dickson. - Astro AWANI/Fail
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025: Kementerian Komunikasi akan pastikan semua maklumat sampai kepada rakyat - Fahmi
Lebih daripada 50 ikhtiar diumumkan dan di pihak kementeriannya, beliau memberi jaminan semua inisiatif itu akan disampaikan kepada rakyat.
Belanjawan 2025: Penjawat awam tidak dilupa, ini manfaat untuk mereka
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2025 mengajak penjawat awam menerapkan budaya kerja baharu untuk menambah baik kecekapan tahap perkhidmatan kepada rakyat.
Belanjawan 2025 mengangkat martabat, junjung hak rakyat - Fadillah
Fokus utama belanjawan adalah kesejahteraan rakyat dengan tumpuan kepada perlindungan golongan rentan, menambah baik prasarana asas dan menangani ketirisan.
Belanjawan 2025: Ini 12 inisiatif penting untuk usahawan
Dengan landskap ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk memastikan usahawan kekal relevan, berdaya saing, dan mampu berkembang di peringkat tempatan serta global.
Belanjawan 2025: Duti eksais minuman bergula dinaikkan secara berfasa
Hasil yang diperoleh akan dimanfaatkan untuk rawatan diabetes di negara ini serta menyediakan rawatan dialisis bagi pesakit buah pinggang.
Belanjawan 2025: RM1 bilion tangani kos sara hidup
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
Belanjawan 2025: Bantuan Awal Persekolahan kekal, kerajaan peruntukkan RM800 juta
BAP merupakan salah satu daripada 17 bantuan pendidikan yang terus disediakan dengan peruntukan RM5.3 bilion.
Belanjawan 2025: Bantuan Warga Emas naik kepada RM600 sebulan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan ditingkatkan.
Belanjawan 2025: Gaji minimum ditingkatkan kepada RM1,700 sebulan
Anwar berkata, penstrukturan ekonomi hanya dianggap berjaya apabila rakyat meraih gaji dan upah yang bermakna untuk menjalani hidup dengan lebih selesa.