KUALA LUMPUR: Belanjawan 2025 memberi fokus besar kepada pembangunan usahawan melalui pelbagai inisiatif dan sokongan kewangan.

Dengan landskap ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk memastikan usahawan kekal relevan, berdaya saing, dan mampu berkembang di peringkat tempatan serta global.

Berikut adalah 12 inisiatif utama yang bakal memberi manfaat besar kepada para usahawan:

1. Geran Padanan Digital PMKS & Penjaja [RM50 Juta]

2. Pusat NADI oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia [RM100 Juta]

3. Program Syarikat Mid-Tier oleh Khazanah [RM1 Bilion]

4. Skim Insentif Pemampanan Pengeksport oleh EXIM Bank [RM750 Juta]

5. Geran Bayaran Balik oleh MATRADE [RM40 Juta] 

6. Program i-Tekad [RM20 Juta]

7. Dana Pinjaman PKS oleh Bank Negara Malaysia [RM3.8 Bilion]

8. Sokongan Keusahawanan Wanita & Belia [RM650 Juta]
 

9. Pembiayaan Usahawan Bumiputera oleh MARA & PUNB [RM800 Juta]

10. Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) (RM20 Juta) 
11. Industri Kreatif oleh MyCreative Ventures [RM25 Juta] 
12. Sokongan Perniagaan Bumiputera oleh PHB & Ekuinas

Dengan pelbagai inisiatif yang disasarkan dalam Belanjawan 2025, kerajaan berusaha memastikan usahawan Malaysia, dari penjaja kecil hingga pengeksport besar, mendapat sokongan yang diperlukan untuk terus berkembang dalam ekonomi digital dan global.

Peluang pendanaan, geran, dan sokongan khusus ini membuktikan komitmen kerajaan terhadap pembangunan sektor keusahawanan yang mapan dan inklusif.

Belanjawan 2025 merupakan belanjawan ketiga dibentangkan di bawah Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.