Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mendedahkan mempunyai jumlah wakil rakyat yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan baharu di negeri itu

Dalam sidang media tergempar yang dibuat di rumahnya sebentar tadi, Musa berkata, pihaknya akan membentuk gabungan baharu yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

Tambahnya, kumpulan yang diketuainya akan bergerak ke Istana Negeri untuk mengemukakan Surat Akuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan ditandatangani dalam tempoh terdekat.

"Kita telah memperolehi majoriti mudah dan akan membentuk kerajaan baharu.

"Satu gabungan baharu ini akan mengadap Tuan Yang Terutama (TYT)," katanya.



Kesemua mereka dilaporkan bermesyuarat di kediaman Musa di Kota Kinabalu.

Antara ADUN dari parti pemerintah yang berada di rumah Musa sebentar tadi adalah Datuk Hamis Samad (Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (Balung), Kenny Chua (Inanam), Datuk Muis Picho (Sebatik) dan Datuk Bolkiah Ismail (Pitas).

Jelasnya lagi, gabungan itu merangkumi ADUN daripada pelbagai parti.

"Saya juga ingin memaklumkan yang Menteri Keselamatan dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, Setiausaha Politik kepada PM telah membuat Kunjungan Hormat kepada Tuan Yang Terutama pagi tadi untuk memaklumkan gabungan baru yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru," katanya.

Berikut merupakan senarai ADUN dari parti pemerintah yang melompat menyertai pasukan Musa:

1) Datuk Bolkiah Ismail (Pitas)
2) Datuk Osman Jamal (Balung)
3) Datuk Hamisa Samat (Tanjung Batu)
4) Datuk Masiung Banah (Kuamut)
5) Rahman Kangkawang (Labuk)
6) Datuk Musbah Jamli (Tempasuk)
7) Kenny Chua (Inanam)
8) Datuk Abidin Madingkir (Paginatan)
9) Datuk Muis Picho (Sebatik)
10) Datuk Saddi Abd Rahman (Sukau)
11) Datuk Anita Beranting (Tandek)

ADUN dilantik:

Ronnie Loh (DAP)
Jaffari Walliam (PKR)

Kenyataan Media Tan Sri Musa Aman
Kenyataan Media Tan Sri Musa Aman