BATU KAWAN: Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sepatutnya bersikap defensif terhadap pertuduhan berkaitan rasuah yang dihadapi dan perlu melalui proses di mahkamah untuk membersihkan namanya, kata Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.
"Saya ingat lagi masa mana kes siasatan terhadap UMNO dibuat dulu, Tan Sri Muhyiddin kata itu adalah proses oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan perlu dihormati.. sekarang ini ia adalah proses yang sama seperti beliau katakan sebelum ini, malah ia proses bebas.
"Biar proses ini berjalan dan kedua-dua pihak mempunyai kes di mahkamah, jadi kita biarkan proses itu dilalui dan tidak sepatutnya ada rasa defensif dan mereka harus melalui proses mahkamah...," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata demikian selepas Karnival Alam Kita di pekarangan Stadium Batu Kawan yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Sebelum ini, media melaporkan beberapa pemimpin PN mendakwa tuduhan terhadap Muhyiddin bersifat pertuduhan terpilih serta bermotifkan politik.
Jumaat lepas, Muhyiddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta.
Muhyiddin, 76, yang mengaku tidak bersalah, didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya menerima rasuah dan dua pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad menjawab pertanyaan media pada Karnival Alam Kita 2023 hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan "sekatan tegas" ke atas Israel.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
Bersih sedia jadi perantara antara kerajaan, pembangkang
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sekali lagi menyataan kesediaan untuk menjadi perantara antara kerajaan dengan pembangkang bagi memastikan CSA atau MoU dijayakan dengan sebaik mungkin.
Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho, Kuala Lumpur pada Sabtu.
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
Parlimen: Kenaikan gaji minimum harus disokong dengan dasar jelas, kawalan harga - Muhyiddin
Kenaikan gaji minimum mesti disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas.
Muhyiddin gagal dapat pasport bercuti ke Uzbekistan, sambut ulang tahun perkahwinan
Muhyiddin gagal mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara untuk bercuti dan menyambut ulang tahun perkahwinan di Uzbekistan.
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
MoU peruntukan: Pembangkang kekal tolak, tidak kemuka cadangan baharu - Muhyiddin
PN tidak akan mengemukakan sebarang cadangan baharu berkaitan draf MoU mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.