GEORGE TOWN: Kematian 27 anjing liar dalam tempoh tiga hari dipercayai diracun di sekitar kawasan sebuah pangsapuri di Tanjong Bungah di sini awal bulan ini berkemungkinan dilakukan pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan pertambahan populasi haiwan tersebut di situ.
Ketua Bahagian Regulatori Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang Dr Tishrin Muhammad Ismail berkata tiada tindakan lanjut dapat diambil termasuk siasatan punca kematian haiwan berkenaan kerana kelewatan melaporkan insiden itu.
Malah, katanya, tiada bukti kukuh untuk mendakwa mana-mana pihak berhubung kejadian itu.
Katanya, insiden itu berlaku dalam tempoh 4 hingga 6 Julai lalu dan pihaknya menerima aduan empat hari kemudian iaitu pada 10 Julai lalu.
"Kita kesal aduan dibuat lewat menyebabkan kita tidak dapat mengambil sampel daripada bangkai anjing itu untuk dianalisis bagi mengetahui punca sebenar ia mati kerana ia sudah dilupuskan.
"Kita pergi ke lokasi selepas mendapat aduan tersebut tetapi tidak menjumpai apa-apa bukti seperti racun dalam makanan atau pun Kamera Litar Tertutup (CCTV) di situ jadi sukar untuk kita ambil tindakan namun siasatan tetap diteruskan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri H'ng Mooi Lye.
Tishrin berkata pihaknya menerima satu lagi aduan Ahad lalu yang memaklumkan terdapat seekor lagi anjing mati tetapi pihaknya tidak dapat mengambil sampel sebab anjing tersebut sudah dibakar.
Media melaporkan seorang individu yang kematian anjing baka Husky berusia enam tahun dipercayai diracun bersama-sama dengan lebih 20 ekor anjing liar lain di kawasan perumahan di Tanjung Bungah, minggu lepas.
Sementara itu, H'ng berkata kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam aktiviti meracuni haiwan berkenaan.
Beliau meminta kerjasama penduduk kawasan perumahan itu atau kawasan sekitarnya yang mempunyai maklumat atau bukti rakaman supaya menyerahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau JPV bagi membantu siasatan.
Katanya, mereka yang disabit kesalahan melakukan penganiayaan terhadap haiwan boleh didakwa mengikut Seksyen 31 (pemberian racun), Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang memperuntukan hukuman denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024

H'ng Mooi Lye menunjukkan laporan yang disiarkan sebuah portal mengenai lebih 20 ekor anjing dibunuh dengan menggunakan racun di Pulau Pinang pada sidang media di Komtar hari ini. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal
Tiada tindakan lanjut dapat diambil termasuk siasatan punca kematian haiwan berkenaan kerana kelewatan melaporkan insiden itu.