KUALA LUMPUR: Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Kenyataan itu menyebut bahawa perundangan baharu itu bertujuan memperkukuh tatakelola BBP secara perundangan yang akan memberi penekanan antaranya pinjaman, pelaburan dan penubuhan anak-anak syarikat.
Perkara itu antara inisiatif yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, sebagai usaha ke arah meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.
Selain itu, beberapa lagi dasar dan inisiatif lain melibatkan pengukuhan tatakelola dan reformasi perundangan yang diputuskan ialah satu pasukan petugas khas ditubuhkan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi melaksanakan syor-syor Jawatankuasa Kajian Terhadap Kes Kematian Dalam Tahanan dan Mengenal Pasti Cadangan Langkah Pencegahan.
Menurut kenyataan itu, ia berhubung aspek penambahbaikan perundangan, prosedur operasi standard (SOP) dan infrastruktur untuk diteliti oleh entiti kawal selia masing-masing serta dilaksanakan oleh agensi-agensi penguatkuasaan di bawah bidang kuasa masing-masing.
Perkara lain yang turut diputuskan pada mesyuarat itu ialah penggubalan Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat bagi memberi akses kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat daripada badan awam dan kerajaan.
"Langkah ini diambil bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam dipertingkatkan melalui penglibatan rakyat dalam proses pembentukan dasar negara selaras dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS)," menurut kenyataan itu.
Turut diputuskan ialah penggubalan Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan bagi mewujudkan mekanisme aduan dan bantahan selaras dengan piawaian antarabangsa bagi memperkasa tatakelola perolehan kerajaan secara perundangan selaras dengan NACS.
Beberapa dasar dan inisiatif lain termasuklah pengeluaran garis panduan mengenai pengurusan dan tatakelola BBP oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri pada 30 April 2024 dan arahan Perdana Menteri berhubung tatakelola Syarikat Berkepentingan Kerajaan (SBK) dan Syarikat Berhad Menurut Jaminan Kerajaan (CLBG) yang dikeluarkan pada 20 Mei 2024.
Selain itu ialah garis panduan pengendalian sokongan oleh anggota pentadbiran dalam urusan kerajaan yang diperkenalkan bermula 21 Mei 2024 bagi memastikan surat sokongan tidak disalah guna bagi tujuan kepentingan peribadi.
"Garis panduan ini adalah sebagai peringatan berhubung subseksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 berhubung larangan penggunaan jawatan atau kedudukan untuk apa-apa suapan, sama ada kepentingan peribadinya, saudaranya atau sekutunya," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa sejak peluncuran NACS pada 7 Mei lepas, 60 substrategi nasional telah diperkenalkan yang membuktikan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam membanteras rasuah.
"Selaras dengan aspirasi nasional untuk membangun Malaysia MADANI, matlamat kita adalah untuk memastikan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat terpelihara tanpa gejala rasuah.
"NACS menekankan satu daripada strateginya ialah pendidikan iaitu sebagai teras utama dalam usaha membudayakan nilai-nilai murni bagi mengelak diri daripada terjebak dengan unsur rasuah," menurut Pejabat Perdana Menteri.
Antara usaha itu dizahirkan melalui penambahbaikan pelaksanaan Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) dan supaya KIAR dilaksanakan di semua Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Selain itu, NACS juga menyarankan supaya Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) dimanfaatkan untuk menggalakkan tatakelola baik dalam sektor swasta.
Pejabat Perdana Menteri turut memaklumkan usaha memerangi rasuah memerlukan penglibatan semua pihak bagi memperkasakan rakyat Malaysia untuk menolak amalan rasuah melalui dasar inklusif dan bertanggungjawab yang diperkenalkan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024
Perundangan baharu itu bertujuan memperkukuh tatakelola BBP secara perundangan yang akan memberi penekanan antaranya pinjaman, pelaburan dan penubuhan anak-anak syarikat. - Gambar fail
Kuaters KTMB, kereta, motosikal terbakar di Batu Gajah
Rumah kuaters tersebut yang musnah terbakar sebanyak 75 peratus, bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Perundangan baharu tingkat keselamatan dalam talian dibentang Oktober - Azalina
Satu perundangan baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan dalam talian akan dibentangkan di Parlimen, Oktober ini.
Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.