BAGAN DATUK: Kerjasama UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) perlu dilupakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata ini kerana parti tersebut telah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada Pas untuk mempersetujui perkara terkandung di dalam piagam MN namun tidak disepakati.
Himpunan Penyatuan Ummah Piagam MN yang dimeterai UMNO dan Pas pada 14 Sept 2019 antara lain bersetuju membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam serta Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.
"Jadi eloklah kita lupakan saja hasrat yang dinyatakan mereka (Pas) itu," katanya ketika menjawab soalan pemberita sama ada UMNO akan bergerak secara solo pada PRU15 ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini.
Ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam yang menyifatkan penyatuan ummah menerusi MN sebagai formula terbaik, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata ia adalah pandangan parti tersebut.
BACA: Penyatuan ummah Pas dan UMNO, formula terbaik - Takiyuddin
Ahmad Zahid turut disoal mengenai gesaan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz supaya Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana masih tidak mengikut keputusan parti menyokong kerajaan hari ini yang diterajui parti itu.
BACA: Lembaga Disiplin UMNO perlu ambil tindakan terhadap Ku Li - Nazri
Beliau berkata UMNO bersikap terbuka dalam meraikan perbezaan pandangan.
"Saya fikir kalau Lembaga Disiplin UMNO mahu ambil tindakan, bukan sekadar beliau tetapi ramai lagi bekas pemimpin sama ada yang jadi Ahli Parlimen atau berada di luar kepimpinan Majlis Tertinggi yang boleh diambil tindakan.
"Lembaga Disiplin UMNO mempunyai budi bicara tertentu bagi mengambil tindakan yang keras sekiranya merosakkan perpaduan parti," katanya.
Nazri pada Khamis lepas dilapor berkata Lembaga Disiplin UMNO perlu mengambil tindakan tegas terhadap Tengku Razaleigh kerana pemimpin itu memilih untuk kekal dalam blok Bebas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 07 2022

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (empat, kanan) beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Noh Omar dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional
Mesyuarat Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) yang diadakan pada 20 Jun lalu telah bersetuju melantik Tan Sri Noh Omar sebagai Timbalan Presiden.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).

Saranan hidupkan semula kerjasama UMNO-Pas melalui MN tidak ikhlas - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan saranan Pas supaya kerjasama antara kedua-dua parti melalui Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula sebagai tidak ikhlas.

PRN: MN Negeri Sembilan rancang buat siri laporan polis terhadap pemimpin kerajaan
Beberapa siri laporan polis terhadap pimpinan Kerajaan Perpaduan akan dibuat bermula hari ini atas dakwaan menyalahgunakan kedudukan dan jentera kerajaan bagi tujuan kempen pilihan raya negeri (PRN).

Keahlian diterima, Annuar Musa kini sah ahli Pas
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh itu turut menerima sijil keahlian Perikatan Nasional (PN) daripada presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan Perpaduan tidak boleh gagal seperti Muafakat Nasional
Kegagalan Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas harus dijadikan pengajaran agar tidak berulang dalam Kerajaan Perpaduan.