KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Segama Datuk Mohamaddin Ketapi pada Khamis secara rasmi menjadi ahli Bersatu yang baharu.
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata permohonan keahlian Mohamaddin diperaku dan diterima dalam Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam tadi yang dipengerusikan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Bersatu menyambut baik keahlian beliau kerana ia bukan sahaja bakal mengukuhkan lagi kedudukan Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.
Malah ia juga akan memberikan manfaat besar kepada pembangunan serta kebajikan rakyat di Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) yang beliau (Mohamaddin) wakili," kata Hamzah menerusi satu kenyataan malam tadi.
Pada 30 Okt lepas, Mohamaddin mengumumkan keluar Parti Warisan Sabah kerana ingin memberi tumpuan untuk memaju dan membangunkan Parlimen Lahad Datu serta DUN Segama.
Menurutnya lagi, dalam mesyuarat itu, parti itu memutuskan akan mengadakan Persidangan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Kelima pada 18 dan 19 Dis ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya yang bakal dihadiri 1,600 perwakilan seluruh negara secara fizikal.
"Justeru, selamat bersidang diucapkan kepada semua perwakilan Mesyuarat Agung Bahagian di seluruh negara yang akan bermula 26 hingga 28 Nov ini," katanya.
Mengenai perkembangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Hamzah berkata Bersatu akan mengadakan perbincangan lanjut bersama parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menentukan strategi dan persiapan menghadapi pilihan raya negeri berkenaan pada 18 Dis ini.
Berhubung PRN Melaka yang diadakan 20 Nov lepas, Hamzah berkata Bersatu beranggapan keputusan pada pilihan raya negeri berkenaan membuktikan PN adalah parti yang mempunyai pengaruh serta sokongan kukuh dalam kalangan pengundi negeri itu.
"Bersatu merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi PRN Melaka yang telah mengundi dan memberi sokongan kepada calon-calon daripada Bersatu dan parti komponen PN yang lain iaitu PAS dan Gerakan.
Sokongan ini adalah manifestasi penerimaan baik rakyat terhadap PN dan parti komponennya. Susulan itu, Bersatu telah mengenal pasti kelemahan semasa PRN Melaka lalu dan akan mengambil langkah penambahbaikan dengan segera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 25 2021

Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Segama Datuk Mohamaddin Ketapi pada Khamis secara rasmi menjadi ahli Bersatu yang baharu. -Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PRU15: Mohamaddin Ketapi undur diri, kecewa orang luar jadi calon di Lahad Datu
Penyandang kerusi Parlimen Lahad Datu Datuk Mohamaddin Ketapi mengesahkan tidak mempertahankan kerusi berkenaan dalam PRU15 bagi membolehkannya fokus untuk berkhidmat kepada rakyat Segama.

PRU15: Mohamaddin Ketapi umum tidak pertahan Parlimen Lahad Datu
Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini mengumumkan untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Lahad Datu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Mohamaddin Ketapi sedia pertahan Lahad Datu tetapi tunggu keputusan BN
Datuk Mohamaddin Ketapi menyatakan kesediaan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Lahad Datu atas tiket Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Selepas keluar Warisan dan Bersatu, Mohamaddin Ketapi kini sertai PBM
Keputusan dibuat selepas menilai dan meneliti perlembagaan parti berkenaan iaitu memperjuangkan hak dan autonomi Wilayah Borneo.

'Lompat parti tidak menyalahi amalan demokrasi' - Rosol
Ahli parlimen di Malaysia tidak mempunyai sebarang halangan untuk melompat parti dan bebas untuk menyertai parti yang lain.

'Ahli parti bebas datang dan pergi' - Komen Masidi tentang tindakan Mohamaddin
Masidi menyifatkan tindakan Mohamaddin adalah perkara biasa kerana ahli (parti) bebas datang dan pergi.

Mohamaddin Ketapi umum keluar Bersatu
Mohamaddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama menyatakan beliau kini bergelar wakil rakyat bebas.

Mohamaddin Ketapi sah jadi ahli Bersatu
Pada 30 Okt lepas, Mohamaddin mengumumkan keluar Parti Warisan Sabah kerana ingin memberi tumpuan untuk memaju dan membangunkan Parlimen Lahad Datu serta DUN Segama.

Mohamaddin Ketapi kekal ADUN Segama walaupun keluar Warisan - Speaker DUN Sabah
Datuk Mohamaddin Ketapi kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, kata Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya.

Bersatu Lahad Datu terbuka berkerjasama dengan Mohamaddin Ketapi
Bersatu Lahad Datu terbuka untuk bekerjasama dengan Datuk Mohamaddin Ketapi demi kepentingan rakyat di daerah ini.