JERLUN: Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di bawah Kerajaan Perpaduan merupakan model politik baharu yang mampu merubah senario Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Adly Zahari berkata kerjasama komprehensif yang dipamerkan gabungan itu pastinya menjadi titik tambah dalam pemilihan pemimpin di semua negeri terbabit berdasarkan pemerhatiannya sepanjang tempoh berkempen.
"Kerjasama antara PH dan BN merupakan model politik baharu. Kita yakin akan dapat keputusan yang jauh berbeza daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
"Macam model politik Perikatan Nasional, dia tidak kekal dan bertukar-tukar," katanya ketika ditemui Bernama dekat sini hari ini.
Dalam pada itu, Adly berkata calon Amanah dilihat berpotensi besar untuk menang di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan berdasarkan rekod perkhidmatan cemerlang yang dipamerkan parti itu di negeri berkenaan.
"Saya selaku Pengarah Pilihan Raya Amanah rasa Amanah cukup berpotensi di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang tapi mungkin ada satu atau dua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang persaingan dia agak besar, (tapi) saya fikir boleh diselesaikan dengan kerjasama dengan BN," ujarnya.
Adly berkata Amanah turut berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan kepada parti itu di tiga lagi negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.
"Contohnya DUN Kuala Nerang, Kedah yang dulunya kubu kuat UMNO kini diserahkan kepada calon Amanah untuk meneruskan perjuangan di kawasan berkenaan," katanya.
Mengulas mengenai pengundian awal PRN di enam negeri Selasa ini (8 Ogos), Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan menyeru agar 49,660 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama pasangan masing-masing keluar mengundi di 260 pusat mengundi awal.
"Semua (anggota ATM) diberi ruang (undi awal)...tiada masalah. Saya fikir peratus undi awal (anggota pertahanan) akan kekal tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023
Adly berkata calon Amanah berpotensi besar untuk menang di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan berdasarkan rekod perkhidmatan cemerlang parti itu di negeri berkenaan. - Gambar fail/Bernama
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Mengenang Tun Daim: Kerajaan rakam takziah - Fahmi
Kerajaan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pada usia 86 tahun, pagi tadi.
Formula Kerajaan Perpaduan jadi asas kerjasama BN-PH dalam PRN17 Sabah
Formula tersebut menjadi salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh kedua-dua parti dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
Lebih 230,000 pengunjung dijangka hadiri Sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI - Fahmi
Kerajaan menyasarkan lebih 230,000 pengunjung hadir ke Sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 24 Nov ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Naikkan gaji minimum tindakan berani, cermin tekad Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Tindakan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 mencerminkan tekad politik Kerajaan Perpaduan yang jelas.
Keselamatan digital: Kerajaan belum berhasrat bina aplikasi khusus - Fahmi Fadzil
Fahmi berkata, terdapat sejumlah aplikasi dalam pasaran yang boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh para pengguna dalam negara ketika ini.
Belanjawan 2025 angkat kepentingan rakyat - Aminuddin
Beliau berkata ia dilihat tertumpu kepada pengukuhan sektor ekonomi penting yang dijangka memberi hasil kepada negara dan memperbaiki kemudahan asas dalam pelbagai sektor.
Kenyataan Zahid Hamidi buktikan kesatuan pimpinan Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang mengingatkan pimpinan UMNO supaya tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen membuktikan semangat perpaduan dalam kerajaan.