Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berkata mesej berhubung etika berpakaian seperti ke pejabat ketika mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah palsu.
Dalam satu kenyataan, Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata dakwaan itu adalah tidak benar dan SPR tidak pernah dan tidak akan menghalang seseorang pengundi dari memasuki tempat mengundi asalkan ia tidak menyalahi Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Jelasnya, akta tersebut menetapkan bahawa seseorang pengundi adalah dilarang sama sekali memasuki tempat mengundi sekiranya mereka memakai apa-apa pakaian dan peralatan yang memaparkan nama calon, simbol atau lambang parti politik pada hari mengundi.
"SPR menasihati orang ramai agar berhati-hati dan menapis maklumat yang tidak sahih berkaitan pilihan raya yang tersebar melalui media sosial, katanya.
Orang ramai diminta merujuk terus kepada SPR bagi mendapatkan maklumat sahih dan tepat dengan menghubungi talian 03-88927018.
Malik Ridhwan
Mon Apr 30 2018

Dakwaan itu adalah tidak benar dan SPR tidak pernah dan tidak akan menghalang seseorang pengundi dari memasuki tempat mengundi asalkan ia tidak menyalahi Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

DUN Perak: Speaker tegur ADUN, pegawai tidak pakai tali leher
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid menegur semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya mematuhi etika berpakaian sepanjang persidangan DUN berlangsung.

Etika pakaian: Hospital Kampar tidak pernah halang pesakit tidak boleh terima rawatan
Setiap pesakit yang datang ke hospital itu untuk menerima sebarang rawatan, diterima dalam apa juga keadaan terutamanya sewaktu kecemasan.

Mesej tular etika berpakaian ketika mengundi palsu
Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar dan SPR tidak pernah dan tidak akan menghalang seseorang pengundi dari memasuki tempat mengundi.