IPOH: Pihak Hospital Kampar tidak pernah mengeluarkan arahan kepada kakitangan hospital itu atau menghalang pesakit yang tidak mematuhi etika berpakaian, daripada menerima sebarang rawatan.
Pengarahnya Dr Khairul Azha Azam berkata setiap pesakit yang datang ke hospital itu untuk menerima sebarang rawatan, diterima dalam apa juga keadaan terutamanya sewaktu kecemasan.
"Merujuk kepada isu tular di sosial media berkenaan insiden pesakit wanita di kaunter triage pada 13 Feb lalu, hasil laporan awal mendapati seorang pesakit wanita berusia lingkungan awal 20-an datang ke Unit Kecemasan Hospital Kampar dan beliau diperiksa oleh pegawai yang bertugas, di kaunter berkenaan.
"Beliau telah ditegur oleh pegawai tersebut kerana berseluar pendek.
"Pegawai yang bertugas telah bertindak mengambil baju dan kain pesakit untuk diberikan kepada wanita tersebut untuk dipakai sementara, namun wanita itu telah meninggalkan kaunter triage dan memaklumkan kepada kakitangan lain yang dia akan mendapatkan rawatan di klinik swasta," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mengulas lanjut, Dr Khairul Azha berkata bagaimanapun wanita itu kembali semula ke Unit Kecemasan dan telah menerima rawatan dari doktor yang bertugas, dan dibenarkan pulang.
Susulan insiden tersebut, Dr Khairul Azha berkata teguran telah diberikan kepada pegawai terbabit berkaitan isu tersebut, kerana tindakan itu adalah salah dan tidak boleh diulangi.
Beliau berkata hebahan telah diberikan kepada semua kakitangan, supaya menerima pesakit tanpa mengira isu pakaian atau ada sebarang diskriminasi.
Tular di media sosial mengenai dakwaan seorang wanita yang ingin mendapatkan rawatan di Hospital Kampar diminta pulang menukar pakaian oleh pegawai bertugas, kerana memakai seluar pendek.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023

Pihak Hospital Kampar tidak pernah mengeluarkan arahan kepada kakitangan hospital itu atau menghalang pesakit yang tidak mematuhi etika berpakaian, daripada menerima sebarang rawatan. -Gambar fail/Bernama
ASEAN25: Mohamad bertemu Setiausaha Agung ASEAN
Meteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan bertemu Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn di Putrajaya pada Khamis.
Hong Kong permudah kemasukan pelawat ASEAN
Hong Kong mengumumkan pelaksanaan rasmi program memudahkan kemasukan pelawat dari 10 negara ASEAN.
Maritim Malaysia atur gerak aset laut, kerjasama dengan Filipina
Maritim Malaysia menggerakkan aset bagi menangani jenayah rentas sempadan dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi memperkukuh kawalan.
Masjid Istiqlal santuni ribuan jemaah semasa iftar
Masjid Istiqlal menyantuni ribuan jemaah setiap hari dalam majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.
Presiden Brazil kunjungi Vietnam minggu depan
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula Da Silva dilaporkan akan melakukan kunjungan rasmi ke Vietnam minggu depan, membawa bersama beberapa delegasi perniagaan.
PM Thailand arah tindakan tangani jerebu teruk di Chiang Mai
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra menggesa semua agensi berkaitan untuk segera meningkatkan langkah-langkah bag menangani masalah jerebu teruk yang mencemari udara di Chiang Mai.
Kira-kira 100,000 mangsa masih terperangkap di sempadan Thailand-Myanmar
Kira-kira 100,000 mangsa sindiket penipuan masih terperangkap di sempadan Thailand-Myanmar.

Saman fitnah: Lokman Adam mohon maaf secara terbuka kepada Rosli Dahlan
Rosli failkan saman berhubung penyiaran video yang mendakwa beliau mengaut keuntungan secara tidak sah daripada wang berkaitan usaha pemulihan aset 1MDB.

Jefri Ngadirin Pengarah MSN baharu bermula 4 April
Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini mengumumkan pelantikan Jefri Ngadirin sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu.

RMK13 teruskan dasar bersepadu, fokus industri HGHV - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan memastikan dasar bersepadu dan bersesuaian yang memberi tumpuan kepada industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) diteruskan dalam Dokumen Rancangan RMK13.

MPV terbabas, suami maut, isteri dan bayi cedera
Mangsa, Mohamad Azlan Kamarulzaman, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isteri dan bayi mereka mengalami kecederaan.

Etika pakaian: Hospital Kampar tidak pernah halang pesakit tidak boleh terima rawatan
Setiap pesakit yang datang ke hospital itu untuk menerima sebarang rawatan, diterima dalam apa juga keadaan terutamanya sewaktu kecemasan.

Lelaki cedera dihempap pokok di kebun
Lelaki berusia 36 tahun itu cedera di bahagian pinggang selepas dihempap pokok ketika melakukan kerja-kerja memotong pokok.

Pesakit mental yang juga OKU rentung rumah dijilat api
Seorang pesakit mental yang juga orang kurang upaya (OKU) rentung manakala bapa saudaranya yang juga pesakit mental cedera apabila rumah mereka dijilat api di Mambang Diawan dekat Kampar hari ini.
Seorang terbunuh dalam kemalangan dekat Gopeng
Seorang pemandu bas terbunuh manakala 10 penumpang cedera apabila bas yang mereka naiki merempuh treler dekar Gopeng tengah malam tadi.