Ringkasan AI
- Jefri Ngadirin dilantik sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) yang baharu, menggantikan Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak pada 3 April.
- Pelantikan Jefri sebagai Ketua Pengarah MSN ke-10 akan berkuat kuasa pada 4 April 2025.
- Jefri, 52, memulakan kerjaya di MSN pada 1993 dan telah memegang pelbagai jawatan penting sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) pada Januari 2024.
Pelantikan Jefri sebagai Ketua Pengarah MSN ke-10 berkuat kuasa pada 4 April nanti, dengan perkara itu diumumkan ketika mesyuarat lembaga pengurusan MSN yang dipengerusikan Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh.
"Majlis Sukan Negara (MSN) mengumumkan pelantikan Jefri Ngadirin sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara yang baru menggantikan Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak pada 3 April ini.
"Pelantikan Jefri sebagai Ketua Pengarah MSN Ke-10 berkuatkuasa pada 4 April 2025 itu diumumkan ketika Mesyuarat Lembaga Pengurusan MSN yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, di Bukit Jalil pada hari ini.
"Jefri, 52, memulakan kerjaya di MSN sebagai pegawai di Bahagian Pembangunan pada 1993. Beliau kemudiannya menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan di University of Miami, Florida, Amerika Syarikat sebelum kembali meneruskan khidmat di MSN pada 1999.
"Antara tanggungjawab dipikulnya dalam MSN ialah Ketua Unit Sukan Teras, Pengarah Cawangan Pelapis dan Pengarah Bahagian Atlet sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) pada 8 Januari 2024," jelas Hannah Yeoh menerusi laman Facebook hari ini. -- Stadium Astro
