Majlis Sukan Negara (MSN) tidak begitu bimbang dengan prestasi hambar ditampilkan atlet negara pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 yang berlangsung di Indonesia, ketika ini.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata walaupun skuad wusyu menamatkan saingan tanpa sebarang pingat hari ini, beliau yakin beberapa sukan lain mampu menghadirkan kilauan pingat untuk kontinjen negara pada edisi ke-18 Sukan Asia.
Malaysia sekadar meraih satu pingat gangsa setakat ini menerusi atlet taekwando negara, Yap Khim Wen dalam acara Poomsae individu wanita, 19 Ogos lepas.
"Secara keseluruhannya, kita agak runsing dengan beberapa prestasi sukan yang bukan disasarkan pingat emas seperti sukan wusyu yang sebenarnya disasarkan meraih satu perak dan dua gangsa, tetapi malangnya, mereka gagal menyumbang sebarang pingat,
"Walaupun kita agak risau namun momentum atlet negara berada pada landasan yang betul seperti sukan sepak takraw dan bola sepak memberi kita sedikit keyakinan bahawa Insya-Allah, atlet akan melakukan yang terbaik untuk negara," katanya.
Ahmad Shapawi berkata demikian ketika ditemui Bernama pada majlis sambutan Hari Raya Aidiladha anjuran Kedutaan Besar Malaysia di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Shapawi menjelaskan kontinjen negara mampu meraih pingat emas dalam beberapa acara seperti berbasikal trek, tenping boling dan karate sekiranya ia dipertandingkan lebih awal pada saingan Sukan Asia kali ini.
"Kalau acara-acara seperti ini diadakan lebih lambat, maka kita harus menunggu, jadi sebaiknya kita tunggu acara ini dipertandingkan terlebih dahulu dan kita terus doakan agar atlet-atlet kita akan sentiasa sihat dan memberi persembahan terbaik dalam acara masing-masing," kata beliau.
Sebagai rekod, Malaysia meletakkan sasaran tujuh pingat emas pada saingan Sukan Asia kali ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 22 2018

AHMAD SHAPAWI: Atlet negara berada pada landasan yang betul.

Serangan terhadap petugas kemanusiaan di Gaza tidak boleh diterima
Serangan terhadap petugas kemanusiaan yang berusaha menyampaikan bantuan kemanusiaan ialah jenayah yang tidak boleh diterima dan dikecam oleh seluruh masyarakat dunia.

Insiden tampar: Warga emas diambil keterangan
Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar berkata pihaknya turut mengambil keterangan beberapa saksi termasuk anak lelaki warga emas terbabit.

Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurung ke KPT esok - Pengarah
Politeknik Ungku Omar berkata, laporan awal berhubung latihan Ex-Kurung akan diserahkan oleh pihaknya kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) esok.

Ahmad Zahid ucap takziah, kutuk serangan Israel korbankan lapan petugas MAPIM
Beliau mengutuk serangan tersebut dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk tidak berdiam diri terhadap kekejaman di Gaza.

Qualcomm kemas kini cip Snapdragon G untuk konsol PC mudah alih
Cip Snapdragon G3 Gen 3, G2 Gen 2, dan G1 Gen 2 akan digunakan dalam konsol PC mudah alih seperti Ayaneo, OneXPlayer, dan Retroid Pocket.

Ex Kurung di Politeknik Ungku Omar capai objektif - Komander 69 Komando
Ex Kurung yang dilaksanakan selama dua hari sejak semalam di Politeknik Ungku Omar disifatkan berjaya mencapai objektif dan matlamat.

Hans Isaac bukan lagi Pengerusi PSM
Datuk Hans Isaac memaklumkan beliau tidak lagi memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), dua tahun selepas memulakan perkhidmatannya sejak 2023.
Statistik kematian meningkat 267 peratus - Bomba
Jumlah mangsa terkorban dalam kebakaran rumah menunjukkan peningkatan sebanyak 267 peratus berbanding tahun sebelumnya.

e-Ansuran LHDN boleh diakses di portal MyTax
Perkhidmatan permohonan ansuran untuk bayaran baki cukai atau tunggakan cukai secara dalam talian melalui e-Ansuran boleh diakses menerusi Portal MyTax bermula 5 Mac lepas.

Remaja lelaki direman enam hari dakwaan tikam rakan universiti hingga parah
Perintah reman bermula hari ini hingga 23 Mac bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Hapuskan had umur penyertaan Sukma - Ahmad Shapawi
Sudah tiba masanya tiada had umur ditetapkan kepada atlet untuk beraksi di temasya Sukan Malaysia (Sukma) bagi memberi mereka peluang bersaing secara kompetitif.

Ahmad Shapawi tamat perkhidmatan di MSN
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, bersara wajib secara rasmi hari ini selepas 35 tahun menyumbang bakti.

Pemilihan jenis sukan di Sukma 2024 dibuat secara terbuka, tanpa sebarang prejudis
Pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak dibuat secara terbuka, melalui kerjasama semua pihak berkepentingan tanpa sebarang prejudis.

Nicol atlet istimewa, pencapaiannya satu fenomena - Mohamad Norza
Pelbagai kejayaan diraih, antaranya merangkul tiga pingat emas Sukan Dunia, lima emas Sukan Asia dan dua emas Sukan Komanwel sepanjang 20 tahun penampilannya, menjadikan Nicol seorang atlet istimewa.

Pingat emas pertama Olimpik bukan disandarkan kepada badminton sahaja
Sandaran untuk meraih pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik bukan semata-mata diletakkan kepada sukan badminton malahan merangkumi beberapa acara sukan lain.