PILIHAN RAYA Umum ke-14 bakal menjelma tidak lama lagi. Cuma yang kita tidak tahu adalah bila tarikhnya yang sebenar.
Namun sebagai pengkaij ilmu perang saraf media, saya yakin, semua parti politik di Malaysia sedang bersiap siaga untuk memberi yang terbaik dalam pilihan raya kali ini.
Parti veteran seperti UMNO dan Barisan Nasional pasti mempunyai strategi dan taktik tersendiri untuk mematahkan serangan dan provokasi pihak-pihak yang membangkang. Parti baru pula tidak kurang juga agresifnya dengan menggunakan media sosial sebagai senjata utama dalam cubaan mengimbangi tekanan dan desakan pihak lawan.
Pokoknya, masa, tenaga dan wang ringgit pasti menjadi taruhan bagi setiap parti politik yang bercita-cita untuk menang dan saat ini tiada siapa mahu kalah.
Walaupun saya lebih suka mengkaji bagaimana perangs araf media boleh digunakan untuk mematahkan ideologi kumpulan pengganas, namun kali ini ingin saya memberi beberapa input mengenai strategi perangs araf yang boleh digunakan oleh parti politik di Malaysia dalam PRU ke-14 yang bakal menjelma.
Strategi-strategi ini hanyalah cadangan dan terpulang kepada anda sebagai pemimpin, pemuda, pengikut atau ahli biasa dalam parti tersebut untuk memikirkanya.
Strategi 1: Buku Jacques Ellul Bertajuk Propaganda: The Formation of Men’s Attitudes
Sebenarnya banyak lagi buku yang ditulis oleh cendekiawan lain dalam bidang ilmu perang saraf dan propaganda.
Ada yang menulis dari apsek falsafahnya dan ada yang menulis mengenai teknik dan taktiknya. Tapi untuk menambah ilmu dan membuka perspektif kita mengenai ilmu perang saraf, buku oleh Jacques Ellul bertajuk Propaganda: The Formation of Men’s Attitudes (1962) adalah yang terbaik saya boleh cadangkan.
Antara kandungan buku ini adalah huraian mengenai bagaimana propaganda boleh dilakukan dengan memahami dimensi sosiologi dan psikologi manusia.
Buku ini juga memberikan penjelasan mengenai taksonomi propaganda dan fungsinya. Paling penting yang perlu kita fahami adalah propaganda itu adalah mengenai aktiviti menyampaikan kebenaran bukan penipuan dan muslihat seperti yang kita semua faham hari ini.
Jacques Ellul adalah bijak pandai yang mendepani masanya dalam menerajui ilmu propaganda dan buku yang ditulis pada tahun 1962 ini masih relevan ilmunya dalam konteks moden hari ini.
Strategi 2: Mendapatkan Nasihat Pakar Bidang Perang Saraf Media
Kadang-kala kalau kita nak menang kita perlu berkorban. Berkorban bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, tenaga dan masa, malah kita perlu mengorbankan ego kita.
Mungkin kita sudah pakar. Kita sudah mempunyai pengalaman yang lama dalam melakukan aktiviti perang saraf dan oleh sebab itu mungkin akan timbul rasa ego dan rasa kita lebih bagus dari orang lain.
Seeloknya, marilah kita mencari mereka ini dan mendapatkan beberapa pandangan dan nasihat. Mana tahu, nasihat dan pandangan yang diberikan mampu mengurangkan kesilapan.
Menjadikan pengkaji perang saraf sebagai rujukan mampu menjimatkan masa kita untuk membuat kajian dan membaiki kekurangan yang kita tidak nampak dalam operasi perangsaraf sesebuah parti politik itu.
Strategi 3: Kajian Persepsi Sebagai Senjata Gerak Saraf
Dalam perang saraf kita perlu melakukan pengumpulan maklumat atau risikan mengenai sasaran khalayak kita dan ini merupakan salah satu elemen geraksaraf. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Intelligence Gathering. Maklumat mengenai kumpulan sasaran kita adalah kunci kepada kejuruteraan mesej-mesej politik yang efektif. Jika kita tidak tahu menahu mengenai latarbelakang kumpulan sasaran kita, apalah logiknya propaganda yang kita hendak buat?
Atau nanti kita sanggup menerima hakikat bahawa operasi perang saraf tersebut akan menjadi sia-sia dan membuang masa, wang dan tenaga kerana mesej-mesej propaganda yang kita buat tidak memberi kesan kepada sesiapa.
Kajian persepsi membuka peluang untuk parti politik memahami kumpulan sasaran mereka dengan lebih baik dan juga memahami jenis media yang digunakan. Apabila kita mengenalpasti jenis media yang digunakan maka kita boleh mula membuat dan menyebarkan mesej-mesej propaganda politik yang ampuh. Personaliti khalayak di setiap kampung, desa, negeri, daerah atau kawasan adalah berbeza-beza. Cubaan meneka-neka dan hanya menggunakan anggapan kasar tanpa mengkaji sasaran kita akan merugikan kita. Oleh itu, wang perlu dikeluarkan bagi tujuan ini jika kita benar-benar serius walaupun kadang-kala kita yakin satu-satu tempat itu kita mampu memenanginya.
Strategi 4: Propaganda Balas (Counter Propaganda)
Propaganda Balas atau Counter Propaganda adalah satu pilihan. Perang saraf yang baik adalah apabila sesebuah parti politik itu fokus membina jalan cerita mereka sendiri dan mampu menceritakannya kepada khalayak sasaran dengan maklumat yang jelas, baik dan teratur. Satu bentuk teknik Propaganda Balas yang baik contohnya adalah seperti usaha dan dedikasi dalam membina imej, kredibiliti, reputasi, dan persona yang hebat sehingga isu yang menyerang sesebuah parti politik itu menjadi tidak relevan.
Serangan propaganda boleh dibalas dengan counter propaganda jika kita mempunyai maklumat yang cukup dan ia benar-benar memberi manfaat dalam jangka masa panjang.
Contohnya, dalam Perang Dunia ke-2, apabila Nazi Jerman menyebarkan poster propaganda anti Amerika, tidaklah pihak Amerika Syarikat dan sekutunya membuang masa membuat poster propaganda untuk membalas propaganda poster Nazi Jerman tadi.
Sebaliknya serangan poster tersebut dibalas oleh Amerika Syarikat penerbitkan beberapa siri kartun animasi anti-Nazi sebagai Propaganda Balas mereka.
Maksudnya, kartun animasi tahun 1940-an bukanlah kerja mudah dan murah, tapi Amerika memilih strategi ini kerana mereka mahu memastikan propaganda anti Amerika tadi mampu menenggelamkan kerelevanannya propaganda Nazi Jerman melalui ‘serangan’ dalam bentuk kualiti kartun animasi yang menarik.
Strategi 5: Perang Saraf Bukan Kerja Individu
Menurut Jacuqes Ellul (1973), “kebangkitan media massa telah membolehkan teknik-teknik propaganda digunakan pada skala lebih tinggi, iaitu masyarakat”.
Tidak dinafikan ada individu yang hebat menjadi seorang propagandis. Dia mampu memukau orang dengan personaliti, bahasa, gaya, ilmu dan sebagainya untuk memenangi hati dan minda orang di hadapannya.
Namun, kemampuan propagandis individual sebegini tidak boleh dijadikan model untuk perang saraf yang melibatkan sasaran ratus beribuan atau jutaan khalayak. Sebabnya kerana, bukan semua orang dengan mudah boleh terpengaruh dengan ciri-ciri yang ada pada dirinya.
Terpengaruhnya manusia itu kepada sesuatu ideologi atau idea politik berbeza-beza sebabnya dan jika mengharapkan seorang sahaja untuk memenangi hati dan minda kumpulan sasaran yang sangat ramai, maka itu adalah satu kepercayaan yang naïf.
Seorang pahlawan yang hebat bertempur belum tentu dia boleh menjadi seorang strategis perang yang hebat pada skala peperangan yang lebih besar yang melibatkan penggunaan kereta kebal, artileri, penembak tempat, dron, jet pejuang dan sebagainya kerana setiap cabang ini mempunyai strateginya tersendiri yang perlu dipelajari dan kemudian diserasikan agar tidak wujud konflik dalam serangan.
Sama juga halnya dengan seorang penembak tepat yang handal, dia seorang diri tidak mampu memenangi sebuah konflik peperangan hanya kerana kehebatannya itu.
Malah perspektif peperangannya beliau juga berbeza contohnya dengan perspektif seorang tentera dari unit khas atas faktor limitasi fungsi dan peranan masing-masing. Selain itu, kejatuhan Nazi Jerman juga adalah kerana contoh yang sama apabila Adolf Hitler dalam Perang Dunia ke-2 cuba menguasai segala-galanya hingga menyebabkan kegagalan strategi serangan dan pertahanan Nazi Jerman jatuh hancur dan lumpuh.
Alasannya, Hilter tidak mempercayai orang-orang kanannya yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus divisyen serangan dan pertahanan mereka masing-masing. Sejarah sendiri membuktikan perangsaraf pada skala besar bukan aktiviti one man show.
Kesimpulan
Kesimpulannya adalah perang saraf memerlukan masa untuk dipelajari. Ilmu yang diperolehi seterusnya boleh digunakan untuk membantu operasi perangsaraf menjadi efektif.
Media sosial dan media arus perdana hanya ruang untuk menyampaikan maklumat, mesej atau berita. Contohnya, jIka maklumat yang dibuat tidak dikaji kumpulan sasarannya maka media apa pun digunakan akan kurang memberikan kesan mendalam kepada pembaca. Oleh itu, apa yang parti politik perlu pastikan adalah setiap mesej yang dibuat mampu memberi impak kepada psikologi, emosi, minda dan jiwa kumpulan sasaran mereka.
Operasi perang saraf bukanlah satu hal yang boleh dipandang mudah. Oleh kerana kompleksnya operasi dan aktiviti perangsaraf maka sebahagian dari kita menjauhkan diri cuba dari teori, model dan konsepnya sedangkan teori, konsep dan model inilah yang akan membantu serangan perangsaraf sesebuah parti politik itu.
Lima strategi di atas hanyalah untuk renungan bersama. Sebagai pengkaji yang juga merupakan seorang rakyat Malaysia, saya berharap perang saraf politik di Malaysia menjadi lebih baik. Segala bentuk perangsaraf berbentuk misdirection, misinformation, kata-kata kasar, cerca dan sebagainya perlu dibuang dari kamus perang saraf parti politik di Malaysia.
Pengaruhilah rakyat kita maklumat yang terbaik dari yang terbaik dan cuba untuk meluaskan pengaruh tanpa menggunakan bahasa dan maklumat yang tidak beretika.
* Dr Ahmad Sauffiyan Abu Hasan seorang pensyarah kanan di Pusat Kajian Impak Media dan Industri Kreatif, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kajian beliau adalah Perangsaraf Media dan Peperangan Informasi.
** Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Ahmad Sauffiyan Abu Hasan
Wed Jul 19 2017
Semua parti politik di Malaysia sedang bersiap siaga untuk memberi yang terbaik dalam pilihan raya kali ini. - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
Amerika tak mahu lagi jadi 'polis dunia', PM Singapura beri amaran dunia makin bahaya
"Semua orang bimbang kerana kita berada dalam dunia yang jauh lebih berbahaya hari ini," kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ketika beliau merenungkan landskap global yang berkembang.
2 maut pesawat peronda terhempas di Colorado
Dua orang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan pesawat di Colorado, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, disahkan oleh pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.