PONTIAN: Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad hari ini memberi bayangan akan bertanding dan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu bagaimanapun berkata hasrat beliau untuk terus mengekalkan kerusi yang disandangnya itu belum dimuktamadkan lagi.
"Saya kalau boleh, dan diberi peluang sekali lagi, mahu bertanding di Benut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina di DUN Benut di sini.
Hasni merupakan penyandang kerusi DUN Benut selama tiga penggal sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan pada PRU ke-14, menewaskan calon Bersatu Zulkifly Tasrep dan Mohd Firdaus Jaafar (PAS) dengan majoriti 4,447 undi.
Ditanya desas-desus adik Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Aziz Shari, 33, yang dikatakan akan bertanding di kerusi itu, Hasni menjawab ringkas: "Lagi ramai lagi meriah."
Awal hari ini, Aziz yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pontian dan anak jati Kampung Asam Kumbang, Benut diuar-uarkan antara calon disebut-sebut untuk bertanding kerusi itu menentang Hasni pada PRN akan datang.
Sementara itu, Hasni yang juga Pengerusi BN Johor, berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri akan melakukan perubahan termasuk mengemukakan calon muda mengikut kehendak masyarakat sejajar dengan situasi terkini serta peredaran semasa.
Beliau berkata proses mengenal pasti calon sedang dilakukan dan akan dimuktamad kemudian.
"UMNO dan BN bukan statik dan berkembang ikut peredaran masa. Ketika ini, masyarakat mahu calon terdiri daripada orang muda dan muka baharu maka saya dan parti tidak abaikan apa juga saranan serta tuntutan pelbagai pihak dalam membentuk kerajaan Johor yang lebih stabil," katanya.Hasni turut diminta mengulas tindakan ADUN Puteri Wangsa Mazlan Bujang yang mengumumkan keluar Bersatu semalam selain menyatakan sokongan kepadanya.
"Saya doakan beliau terus bergerak aktif dalam politik. Dalam tempoh 24 bulan beliau menyandang jawatan Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, saya rasakan beliau sudah memahami cara kerja UMNO dan BN.
"Di situ saya rasa Mazlan lihat kita ada persefahaman dan menyebabkan beliau yakin untuk menyokong BN, UMNO serta kepimpinan saya," katanya.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pula mengesahkan tidak akan bertanding di mana-mana kerusi DUN di kawasan Parlimen Pontian untuk memberi tumpuan pada tugasnya sebagai Ahli Parlimen.
Beliau turut menzahirkan sokongan penuh kepada Hasni untuk dicalonkan semula bagi DUN Benut.-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad hari ini memberi bayangan akan bertanding dan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. - Gambar fail/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik
Dua lorong sedia ada di kedua-dua laluan lebuh raya tersebut masih dibuka walaupun projek naik taraf sedang dijalankan.

Pusat Kelestarian Johor bakal ditubuhkan
Inisiatif itu sejajar dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga yang dilancarkan Kementerian Ekonomi baru-baru ini.

Ahmad Maslan tewaskan Hasni di Pontian
Timbalan Menteri Kewangan itu memperoleh 388 undi, berbanding lawannya Datuk Seri Hasni Mohammad yang hanya meraih 291 undi.

'Tak ada guna hebat di media sosial sahaja' - Hasni
Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hasni Mohammad menyifatkan pendekatan secara bersemuka dan menggunakan meja perundingan merupakan kaedah terbaik dalam menyuarakan pandangan.

Adat berpolitik, pasti ada badai dan gelora - Khaled Nordin
Mohamed Khaled menjelaskan sudah menjadi adat berpolitik, pasti ada badai dan geloranya.

Kaukus Ahli Parlimen Johor pacu pembangunan negeri - Hasni
Perbincangan mengenai penubuhan kaukus itu dijangka diadakan selepas majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 19 Dis ini.

Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?
Saingan empat penjuru di Simpang Renggam kini tertumpu kepada tawaran setiap calon dan nilai tambah mereka untuk memikat hati pengundi.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Johor akan jadi tiang seri kemenangan BN - Hasni
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Seri Hasni Mohammad yakin negeri ini akan menjadi tiang seri kepada kemenangan gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

PRU15: Perancangan ADUN BN Johor diketengahkan sewaktu kempen
Hasni berkata 40 wakil rakyat itu yang telah memenangi PRN Johor pada Mac lepas akan membantu kempen di kawasan masing-masing.