KOTA KINABALU: Pemimpin muda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diingatkan supaya tidak melihat jawatan dalam parti sebagai batu loncatan untuk mendapatkan pangkat lebih tinggi serta kekayaan semata-mata.
Timbalan Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Masidi Manjun sebaliknya berkata ia harus dijadikan sebagai peluang untuk berkhidmat kepada rakyat dan menabur jasa bagi pembangunan negeri.
"Pastikan kita berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira fahaman politik atau keahlian parti politik. Kalau niat ini kita dapat terapkan kepada setiap orang politik, rakyat akan rasa terbela dan memudahkan kita mencapai matlamat untuk membangunkan negara dan negeri Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan sayap Pemuda, Wanita dan Beliawanis Gagasan Rakyat di sini hari ini.
Masidi yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata pemimpin dan ahli parti perlu sentiasa peka dengan situasi semasa dihadapi rakyat di negeri ini dan memastikan setiap inisiatif, program dan keputusan parti selaras dengan kepentingan rakyat serta kesejahteraan negeri.
Menurut Masidi kualiti kepimpinan Gagasan Rakyat akan memastikan parti itu sentiasa kekal relevan dan diterima rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2023

Masidi Manjun sebaliknya berkata ia harus dijadikan sebagai peluang untuk berkhidmat kepada rakyat dan menabur jasa bagi pembangunan negeri. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

iFUTURE 2024 perkukuh bakat kepimpinan, kualiti keilmuan mahasiswa - Zambry
Penganjuran Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Antarabangsa 2024 (iFUTURE 2024) menjadi ruang bagi mahasiswa memperkukuh dan menyerlahkan bakat kepimpinan.

Felo Keadilan: Inisiatif pendayaan individu jadi pemacu perubahan komuniti - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata ia akan menjadi medan memperkembangkan kepemimpinan beretika dan progresif melalui bimbingan serta latihan komprehensif.

Kerajaan hasrat laksana pilihan raya belia, lahirkan pemimpin pelapis
Kerajaan berhasrat untuk melaksanakan Pilihan Raya Belia bagi memilih perwakilan ke Parlimen Belia, sebagai usaha melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berkaliber.

Masidi ingatkan pemimpin muda Gagasan Rakyat tidak kejar pangkat, kekayaan
Masidi Manjun sebaliknya berkata ia harus dijadikan sebagai peluang untuk berkhidmat kepada rakyat dan menabur jasa bagi pembangunan negeri.

Parlimen bukan 'Brahmin', Parlimen milik rakyat
Sebagai sebuah badan legislatif, Parlimen tidak boleh bersifat seperti 'Brahmin' dan menganggap rakyat sebagai golongan bawahan.

PDRM beri keutamaan kenaikan gaji pegawai rendah polis - KPN
Gaji dan keperluan pegawai rendah polis akan diberi keutamaan dalam usaha meningkatkan lagi integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Generasi muda dan politik
Hakikatnya Malaysia juga mempunyai pemimpin muda yang berbakat, bijak dan berkemampuan menjadi memimpin negara.

Onn Hafiz seru belia jadi pemimpin muda aktif, gerak agenda pembangunan belia negeri
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru golongan belia menjadi pemimpin muda yang aktif untuk menggerakkan agenda pembangunan belia di negeri itu.

UMNO Kelantan perlu berani ketengah pemimpin muda - ADUN Galas
Ramai pemimpin muda atau muka baharu berpotensi untuk bertanding dalam PRU akan datang.

Tolak pemimpin lama, beri peluang muka baharu pada PRU15 - Syed Ali
Syed Ali menegaskan, keberadaan mereka untuk terus berkuasa tidak lagi sesuai dengan persekitaran politik masa kini.