SEJAK dari dahulu lagi, istilah ketua sering dikaitkan dengan persona yang lebih tua dan berusia dengan anggapan mereka lebih berpengalaman dan berwibawa.
Dalam masyarakat Melayu tradisi, pemilihan ketua adalah berdasarkan faktor umur dengan alasan orang tua terlebih dahulu 'makan garam'.
Dalam masyarakat hari ini, jawatan seperti ketua kampung, penghulu dan penggawa semakin terhakis peranannya kerana pengaruh sistem politik menggantikannya kepada Wakil Rakyat sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mahupun Ahli Parlimen.
Kemunculan generasi baharu dalam pilihan raya jelas menunjukkan bahawa generasi di Malaysia telah beranjak daripada generasi merdeka kepada pasca merdeka.
Perubahan generasi, modenisasi dan perkembangan sistem demokrasi telah memberi ruang kepada golongan muda untuk menjadi pemimpin.
Perubahan ini sebenarnya bukan sesuatu yang lazim dalam sistem politik kepartian di negara kita.
Sejak pilihan raya pertama pada tahun 1959 sehinggalah tahun 80-an, pemimpin yang dipilih biasanya mereka yang dikira matang dari segi umur dan kebanyakan calon terdiri daripada golongan senior di peringkat parti masing-masing.
Mempunyai pertalian darah dengan golongan bangsawan juga merupakan satu kelebihan kerana sistem feudal yang masih berpengaruh dalam masyarakat Melayu.
Hanya kes-kes terpencil sahaja membolehkan orang muda dapat bertanding dalam pilihan raya menerusi pilihan parti.
Antara kisah klasik ialah mantan Perdana Menteri Najib Razak yang bertanding di tempat ayahnya menyebabkan kerusi Parlimen Pekan kosong.
Hal ini masih boleh difahami kerana Najib Razak merupakan anak mantan Perdana Menteri yang banyak berjasa kepada negara dan berpengaruh dalam masyarakat Pekan khususnya.
PAS sebagai parti Melayu yang menjadi pesaing kepada UMNO sejak zaman sebelum merdeka juga sangat teliti dalam pemilihan calon pilihan raya.
Jarang-jarang anak muda diberi peluang menjadi calon dan bertanding dalam pilihan raya. Pengalaman politik generasi muda dalam parti mengambil masa kerana sistem perkaderan parti mengikut hierarki.
Biasanya calon-calon PAS sudah dipilih melalui tapisan yang ketat oleh pimpinan atasan dalam Majlis Syura sebelum dinamakan dalam pilihan raya.
Restu pemimpin berstatus tinggi Presiden dan Mursyidul Am dalam parti perlu diakur.
Menjelang milenia baharu, personaliti yang ditampilkan sebagai calon oleh parti-parti politik mula menampakkan perubahan terutamanya parti pembangkang.
Gelombang politik baharu pasca era reformasi menjadi titik tolak parti politik mula memberikan kepercayaan kepada anak muda yang berkelayakan untuk menjadi calon.
Kebanyakan mereka terdiri daripada keluarga kelas menengah Melayu yang orientasi politik mereka melangkaui politik perkauman.
Isu-isu ekonomi dan kemanusiaan seperti ketelusan pemerintah, tadbir urus yang baik (good-governance), keadilan, hak asasi manusia, dan antirasuah menjadi agenda perjuangan generasi ini.
Mereka ini tidak terikat bingkai politik kaum dan agama.
Pada awalnya mereka mungkin dipandang sebelah mata dan dianggap tidak mampu untuk menggugat status quo.
Ternyata, andaian ini salah kerana anak muda juga mampu menjadi 'giant killer' dan kehadiran mereka dalam DUN dan Parlimen memberikan impak segar kepada perdebatan dalam dewan.
Antara calon yang menang pilihan raya dalam usia yang sangat muda ialah Nik Nazmi Nik Ahmad, calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi DUN Seri Setia di negeri Selangor ketika berusia 25 tahun, mengalahkan calon Barisan Nasional yang jauh lebih matang dari segi umur dengan majoriti yang besar di kubu kuat Barisan Nasional.
Nik Nazmi merupakan calon yang paling muda bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) pada 2008.
Parti Tindakan Demokratik (DAP) dililhat mula berani mempertaruhkan calon-calon muda dalam pilihan raya. Antaranya Hannah Yeoh yang bertanding pada usia 29 tahun dan menang kerusi Dewan Undangan Negeri Subang Jaya.
Pada usia 34 tahun, Hannah dilantik menjadi Speaker termuda dalam sejarah negara apabila menyandang jawatan itu di Selangor.
DAP turut mempertaruhkan Young Syefura Othman berusia 29 tahun ketika bertanding dalam PRU14 dan menang mewakili kerusi DUN Ketari di negeri Pahang.
Kehadirannya dalam politik mencuri tumpuan kerana umurnya yang masih muda dan keputusannya menyertai DAP yang biasanya didominasi oleh kaum Cina.
Ironinya, minatnya untuk terlibat dalam politik didorong oleh keluarganya yang merupakan aktivis PAS.
Kemunculan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bertanding di Parlimen Muar dalam PRU14 mengalahkan calon lebih berpengalaman daripada UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim dengan majoriti besar 6,953 undi cukup mengejutkan.
Syed Saddiq menunjukkan bahawa usia muda bukan halangan untuk mendapat undi daripada pengundi.
Beliau kemudiannya mencipta sejarah apabila dilantik menjadi menteri yang paling muda pada usia 25 tahun di bawah kerajaan Pakatan Harapan.
Beliau ialah menteri termuda selepas Najib Tun Razak yang dilantik pada usia 28 tahun.
Di laman sosial Instagram, Syed Saddiq dilihat sangat berpengaruh dalam kalangan anak muda dengan pengikut seramai 1.8 juta orang.
Syed Saddiq dilihat mempunyai impian yang lebih besar dalam usaha menubuhkan parti berteraskan golongan belia.
Jika strategi yang dilancarkan anggota Parlimen itu berkesan, ia mungkin dapat beri impak kepada senario politik tempatan.
Pengundi pada pilihan raya akan datang berkemungkinan bertambah sebanyak 8 juta orang sekiranya cadangan umur mengundi 18 tahun dilaksanakan.
Parti Syed Saddiq bakal digemari oleh anak-anak muda. Ia perlu dilihat sebagai sesuatu yang positif membantu menyuburkan perkembangan demokrasi negara.
Calon termuda yang pernah bertanding dalam sejarah pilihan raya di negara kita ialah P. Prabakaran. Beliau memenangi kerusi Parlimen Batu pada PRU ke-14 pada usia 22 tahun.
P. Prabakaran yang bertanding atas tiket Bebas turut memadamkan rekod 41 tahun Seri Najib Razak yang sebelum ini menjadi wakil rakyat termuda selepas memenangi Parlimen Pekan pada tahun 1979.
Najib ketika itu berusia 23 tahun.
Kemenangan Prabakaran dibantu oleh pengundi parti PKR yang mengisytiharkan bakal memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon muda itu selepas penyandang, Tian Chua dari PKR tidak dapat bertanding.
Ia berikutan tindakan pegawai pengurus pilihan raya membatalkan kertas pencalonannya berdasarkan keputusan denda mahkamah bernilai RM2,000.
Berdasarkan senario pembabitan orang muda dalam politik arus perdana jelas membuktikan bahawa orang muda tidak semestinya dianggap tidak matang dan terlalu mentah untuk terlibat dalam politik.
Kemunculan mereka sama ada dalam sidang Parlimen dan sidang DUN memberikan impak segar dan aktif mengambil bahagian dalam perbahasan.
Memiliki kelayakan akademik yang baik, berkemampuan menyampaikan hujah-hujah dengan matang, mempunyai pandangan-pandangan yang kritikal dalam membahaskan usul di dalam sidang dewan merupakan ciri-ciri yang diperhatikan terhadap golongan ini.
Jika dinilai dari mutu perbahasan tidak ada jurang jika dibandingkan dengan wakil rakyat yang lebih berusia.
Wakil rakyat generasi muda ini lebih tertib dan sopan menunggu giliran masa berbahas, matang dalam berhujah dan membuat persediaan sebelum mengambil bahagian dalam perbahasan.
Sidang dewan digunakan sebaik-baiknya sebagai medan untuk ahli parlimen berbahas, menggubal polisi dan undang-undang.
Dunia telah menunjukkan bahawa pemimpin muda boleh mentadbir negara dengan baik. Sebagai contoh, Sebastian Kurz dilantik menjadi Canselor Austria ketika berusia 31 tahun.
Beliau pernah dilantik menjadi menteri luar paling muda dalam sejarah Eropah pada usia 27 tahun.
Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand merupakan kerajaan wanita termuda dunia ketika berusia 37 tahun dan telah menunjukkan kematangan ketika negaranya diuji serangan pengganas anti-Islam pada bulan Mac 2019.
Begitu juga Justin Trudeau yang menjadi Perdana Menteri Kanada dalam usia awal 40-an.
Hakikatnya Malaysia juga mempunyai pemimpin muda yang berbakat, bijak dan berkemampuan menjadi memimpin negara.
Berikanlah mereka peluang, nescaya mereka akan buktikan kemampuan.
Memetik kata-kata keramat Sukarno, Presiden Indonesia yang mempercayai kemampuan generasi muda: "Berikan aku 1,000 orang tua, nescaya akan ku cabut semeru dari akarnya; berikan aku 10 pemuda, nescaya akan ku goncangkan dunia" memberikan gambaran peranan yang boleh disumbang generasi muda dalam mencorakkan masa depan negara.
Syahrin Said ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan, Universiti Malaysia Terengganu.
Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Syahrin Said
Wed Aug 03 2022

(Dari atas, kiri) Young Syefura, Nik Nazmi, Prabakaran dan Syed Saddiq antara pemimpin muda yang pernah bertanding dan melakar sejarah dalam pilihan raya negara kita. -Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.

Syed Saddiq, Bella masak bersama, netizen doakan berjodoh
Mereka berdua dilihat memasak lasagna dan puding karamel bersama, sambil berinteraksi dengan penonton secara santai dan menghiburkan.

Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah
Andai demikian ciri yang disenaraikan, tentu sekali ahli politik tiada masalah untuk mencuri hati Bella kan?

Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.

Syed Saddiq tekad guna semua saluran untuk dapatkan peruntukan
Syed Saddiq tekad untuk menggunakan semua saluran yang ada termasuk diplomasi dengan kerajaan dan undang-undang bagi mendapatkan peruntukan untuk kebajikan pengundi di Muar.

Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak lain gagal dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.

Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah
Syed Saddiq tegas memastikan namanya dibersihkan melalui proses keadilan di mahkamah.

Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq
Pemergian Tun Daim Zainuddin memberi kesan bukan sahaja kepada pemimpin veteran tetapi juga pemimpin muda seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pendapatan sebenar kumpulan T15 belum dimuktamad - PM Anwar
Kerajaan belum memuktamadkan golongan yang terkecuali daripada mendapat subsidi daripada kerajaan, termasuk subsidi minyak.