GUA MUSANG: Barisan Nasional Kelantan perlu berani mengetengahkan pemimpin muda serta memberi peluang golongan pelapis untuk memimpin parti.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, ramai pemimpin muda atau muka baharu berpotensi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Katanya, pemimpin muda dan muka baharu dilihat lebih bersemangat untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat dan memajukan negeri Kelantan dengan idea yang bernas.
"Tidak kira pemimpin parti atau belia, kalau bercakap soal ingin memajukan negeri, maka wajar kita ketengahkan suara dan individu seumpama ini.
"Kita telah melihat beberapa contoh, PRU Johor dan MUDA, kita boleh lihat keputusannya memihak kepada UMNO dan BN.
"Jadi bagi saya UMNO Kelantan perlu berani mengetengahkan pemimpin muka baharu seperti yang dibuat oleh Tengku Razaleigh Hamzah di Gua Musang dan hasilnya kita boleh lihat bagaimana rakyat menerimanya.
"Cumanya bersediakah pemimpin UMNO sedia ada negeri Kelantan memberi muka baharu menerajui kepimpinan ini," kata Mohd Syahbuddin.
Beliau turut berpendapat UMNO perlu menjadi juara rakyat dengan menerajui isu-isu berkenaan kebajikan, pendidikan dan ekonomi.
Katanya, dia menyokong segala isu atau masalah yang dibawa untuk membantu rakyat walaupun di bawah badan bukan kerajaan (NGO) asalkan tidak ada agenda politik.
Sebelum ini, sekretariat Save Kelantan yang dikepalai bekas exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa kerap membangkitkan permasalahan rakyat, antaranya melibatkan isu air, pembalakan dan peluang pekerjaan anak muda Kelantan.
Sebaliknya, UMNO Kelantan dilihat kurang menyerlah dalam memperjuangkan isu-isu yang dihadapi rakyat Kelantan.
Mengulas lanjut, Mohd Syahbuddin berpandangan pemimpin bahagian dan negeri perlu menyambut dan menyambung isu yang berkisar soal rakyat dengan tidak membiarkan sesetengah pemimpin berseorangan memainkan isu atau perkara berkaitan rakyat.
Dukungan atau support system daripada pimpinan semua peringkat diperlukan supaya isu membabitkan kepentingan rakyat, seperti masalah air, jalinan jalan raya, soal pekerjaan dan membasmi kemiskinan sentiasa diketengahkan kepada kerajaan negeri dengan mengharapkan tindakan dilaksanakan secara tuntas, katanya lagi.
Muhafandi Muhamad
Sat May 28 2022

UMNO Kelantan perlu berani mengetengahkan pemimpin muda serta memberi peluang golongan pelapis untuk memimpin parti. -Astro AWANI

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Nenggiri perlukan 'sentuhan' kerajaan pusat - UMNO Gua Musang
Penduduk di kawasan DUN Nenggiri perlu memberikan peluang dan kepercayaan kepada BN untuk berkhidmat di kawasan itu.

Dua ADUN tuntut MB Kelantan mohon maaf dalam tempoh seminggu
Dua ADUN di Kelantan memberi tempoh tujuh hari kepada Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud membuat permohonan maaf secara terbuka.

Jualan Rahmah bantu golongan kurang mampu
Penduduk tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan dengan harga lebih murah daripada harga biasa untuk keperluan keluarga.

PRU15: Calon boleh 'masuk daun' pilihan anak muda - Mohd Syahbuddin
Calon yang mesra atau 'masuk daun' yang boleh berkawan dan 'bertepuk tampar' dengan rakyat antara yang menjadi pilihan pengundi khasnya golongan muda.

UMNO Kelantan perlu berani ketengah pemimpin muda - ADUN Galas
Ramai pemimpin muda atau muka baharu berpotensi untuk bertanding dalam PRU akan datang.

ADUN Galas cadang Gua Musang sebagai 'Bandar Mahkota Kelantan'
Gua Musang mempunyai sejarah indah di mana Long Tan, Putera Long Yunus Yang Dipertuan Negeri Kelantan memerintah tahun (1765-1795) di Gua Musang.

ADUN Galas tulis buku dengan mesej, COVID-19 itu benar
Bukan sekadar mahu berkongsi pengalaman, Mohd Syahbuddin harap bukunya boleh beri iktibar dan sedarkan masyarakat bahawa Covid-19 itu benar.

Rumah terbakar, 11 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang
Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari itu, pasukan bomba sempat mengawal api daripada merebak ke unit lain di PPR berkenaan.

Pembukaan Masjid Razaleigh mirip Masjidil Haram ditangguh lagi
Pembukaan masjid bernilai RM32 juta yang dijadual 17 Ramadan ini terpaksa ditangguh lagi berikutan pandemik COVID-19 yang masih menular.

ADUN Galas Mohd Syahbuddin sahkan positif COVID-19
Perkara itu disahkan sendiri ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim menerusi hantaran Facebook miliknya sebentar tadi.