KUALA LUMPUR:Malaysia masih terikat dengan arena politik yang mengidolakan tokoh-tokoh pemimpin lama.
Ia realiti yang perlu diakui setiap rakyat, kata Ketua Pemuda Pejuang Dr Abu Hafiz Salleh Hudin.
Beliau menegaskan, sentimen tersebut wujud ketika ini sehingga sukar untuk membentuk kejujuran dalam politik.
“Apa yang perlu kita akui adalah, Malaysia masih lagi terikat dengan politik watak dan tokoh, sama ada kita suka atau tidak.
“Tetapi, bagaimana kelompok orang muda itu dapat menjadi ruang untuk dimanfaatkan, dengan kewujudan parti parti politik yang ada ini?
“Kita masih lagi belum terkeluar daripada kerangka itu. Saya setuju dengan kenyataan bahawa kejujuran politik itu masih dilihat sukar untuk berlaku.
“Saya juga antara yang mengangkat perkara ini sebelum berlakunya Langkah Sheraton lagi, perlu kejujuran apabila kita mahu dikenang,” ujar beliau.
Abu Hafiz secara relatif mengakui, pihaknya tidak bersetuju untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) kerana tidak mahu digelar sebagai pengkhianat.
“Saya pun tidak bersetuju untuk pergi bersama (PN), kerana kita akan dikenang sebagai pengkhianat. Dan saya juga tidaklah begitu ketat sehingga tidak boleh menerima pilihan lain.
“Oleh kerana itu, kita akan lihat, apabila bercakap tentang politik kejujuran itu, masih lagi tersangkut-sangkut. Kerana, sejujurnya, kita sendiri tidak mahu berterus-terang.
“Sehingga menyebabkan masalah. ... Kerana itu saya katakan, perlu kembali kepada meja rundingan untuk sembang antara rakan-rakan," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu ditemu bual menerusi program Dialog Pembangkang di Astro AWANI yang berjudul 'Grand Coalition: Percaturan baharu pembangkang dan persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke-15' malam tadi.
Faris Danial Razi
Tue Dec 29 2020
Abu Hafiz berkata, sentimen politik watak dan tokoh wujud ketika ini sehingga menjadi satu kesukaran untuk membentuk kejujuran. - Astro AWANI
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Siapa wakil rakyat baharu di Sungai Bakap?
Sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi bagi tujuan PRK Sungai Bakap ini.
Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Israel mendakwa sedang menjalankan aktiviti memerangi keganasan termasuk serangan udara di Jenin.
Pameran Pendidikan Korea di Kuala Lumpur untuk tarik minat pelajar Malaysia
Pameran itu bertujuan menarik minat pelajar antarabangsa yang cemerlang, dengan menampilkan kelebihan menyambung pengajian di Korea Selatan.
Syor tambah hierarki Mahkamah Syariah - Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata antara yang akan disyorkan termasuk menambah hierarki mahkamah syariah sedia ada kepada empat peringkat berbanding tiga ketika ini iaitu mahkamah rendah, mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan.
Mohd Rabin dilantik Fasilitator Kerajaan Malaysia
Bekas Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Mohd Rabin Basir dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Julai lepas.
Pasca UK Memilih: Scotland akui keputusan pilihanraya sukar buat Parti SNP
Menteri Pertama Scotland John Swinney mengakui keputusan pilihan raya umum UK pada Jumaat adalah sangat mencabar bagi Parti Kebangsaan Scotland (SNP) yang memerintah kerana kehilangan puluhan kerusi.
Anwar ucap tahniah kemenangan Keir Starmer, PM baharu UK
Perdana Menteri menyifatkan perkongsian antara Malaysia dan Britain setakat ini adalah sesuatu yang berkekalan.
PRU UK: Lebih ramai MP wanita di Dewan Rakyat
Jumlah Ahli Parlimen (MP) wanita yang akan duduk di Dewan Rakyat mencatatkan rekod baharu susulan keputusan pilihan raya umum (PRU) United Kingdom (UK).
PRK Sg Bakap: Antara PADU dan KERJA, manifesto mana berjaya 'tawan' hati pengundi?
Saksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH, Dr Joohari Ariffin mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PN, Abidin Ismail.
Iran adakan pilihan raya penentu untuk pilih presiden
Iran akan melaksanakan pilihan raya penentu pada Jumaat untuk memilih presiden selepas tiada calon yang memperoleh 50 peratus undi dalam pemilihan pusingan pertama 28 Jun lalu.
Pilihan raya UK: Parti Buruh diunjur menang besar
Tinjauan pendapat ketika ini mengunjurkan Parti Buruh meraih 410 kerusi diikuti Konservatif 131, Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).
PRK Sg Bakap: Polis terima empat laporan berhubung salah laku kempen
Buat masa ini, keseluruhan perjalanan kempen yang terkait dengan isu keselamatan adalah terkawal.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat yang lebih kukuh namun tinggi berbanding beberapa mata wang utama lain.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
National Rally dahului pilihan raya awal Perancis
Le Pen dalam reaksinya sifatkan keputusan itu sebagai suara demokrasi dan mendakwa kem Presiden Emmanuel Macron tewas sepenuhnya.
Presiden Mohamed Ould Ghazouani mengundi dalam pilihan raya Mauritania
Presiden Mauritania Mohamed Ould Cheikh El Ghazouani keluar mengundi dalam pilihan raya presiden yang mana beliau dijangka menang pada Sabtu.
6 MP Bersatu nyata pendirian dalam sidang akhbar esok
Enam Ahli Parlimen Bersatu yang dilucutkan keahlian mereka dijadualkan mengadakan sidang akhbar khas pada Ahad.