Para menteri menyerahkan surat peletakan jawatan secara serentak dalam satu mesyuarat Kabinet pagi Isnin.
Memandangkan gabungan parti pemerintah, Parti Demokratik Liberal (LDP) dan Komeito tidak memiliki majoriti dalam Dewan Perwakilan, undian pada Isnin dijangka berakhir dengan pusingan penentu antara Ishiba dan ketua parti pembangkang utama, Parti Demokratik Perlembagaan, Yoshihiko Noda.
Jika berlaku, ini akan menjadi pusingan penentu pertama dalam hampir 30 tahun bagi pemilihan perdana menteri di Jepun.
-- BERNAMA