Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Prithvirajsing Roopun dalam satu kenyataan.
Ramgoolam, 77, kembali berkuasa selepas gabungannya menewaskan pakatan Alliance Lepep, yang diketuai oleh Pravind Kumar Jugnauth.
Ramgoolam pernah berkhidmat sebagai perdana menteri dari Disember 1995 - September 2000 dan Julai 2005 - Disember 2014.
Pilihan raya itu menyaksikan lebih sejuta pengundi berdaftar keluar mengundi, dengan ramai yang didorong oleh kebimbangan mengenai kesukaran ekonomi dan dakwaan salah laku politik.
Pihak pembangkang memperoleh kemenangan besar dengan 62.6 peratus undi, memenangi 60 daripada 62 kerusi di Dewan Negara.
Kemenangan Ramgoolam menandakan berakhirnya pemerintahan tujuh tahun parti Militant Socialist Movement (MSM) dan menyingkirkan Jugnauth yang memegang kuasa sejak 2017.
-- BERNAMA