PADA hari Jumaat yang lepas (20 Ogos 2021), Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah membuat keputusan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan menggantikan Tan Sri Mahiaddin Yassin.
Ini bermakna kerajaan terdahulu sudah 'bersalin kulit'.
Hasrat supaya mandat dikembalikan kepada Pakatan Harapan yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nampaknya terus digagalkan.
Yang di-Pertuan Agong Sultan dengan secara bijaksana bertindak mengikut peruntukan Perlembagaan dan memang terbukti 114 ahli Dewan Rakyat telah memilih Ismail Sabri.
Walau bagaimanapun, adakah 32 juta rakyat Malaysia bersedia dengan normal baharu ini?
Parti yang menang pilihan raya menjadi pembangkang manakala yang kalah menjadi kerajaan.
Ia akan terus berlaku kerana wakil rakyat yang khianat kepada partinya akan bebas melompat lagi pada masa yang akan datang.
Kerajaan Mahiaddin mahu pun Ismail Sabri kedua-duanya terbentuk hasil pengkhianatan mandat rakyat dalam pilihan raya lima tahun sekali.
Pada masa ini, tiada peruntukan undang-undang yang menghalang amalan lompat parti berdasarkan keputusan mahkamah dalam kes Nordin Salleh vs DUN Kelantan pada tahun 1992.
Ada cadangan supaya Akta Anti-Lompat Parti digubal di Parlimen.
Ia cadangan yang baik tetapi bagaimana pula jika parti politik sendiri yang melompat keluar dari gabungan (coalition) asal ke coalition parti lawan?
Ia juga akan tetap menyebabkan mandat rakyat dalam pilihan raya dikhianati.
Ini bermakna, Akta Anti-Lompat Parti diharap dapat menyelesaikan masalah seperti yang berlaku baru-baru ini melainkan dalam akta tersebut sesebuah parti diikat untuk kekal dalam sesebuah coalition sewaktu pilihan raya tetapi saya fikir ia kurang praktikal.
Kita mengamalkan sistem demokrasi.
Kata Abraham Lincoln, demokrasi ialah “government of the people, by the people and for the people”.
"Pemerintahan dari rakyat oleh rakyat dan untuk rakyat."
Ini bermakna, rakyat adalah penentu sesebuah pemerintahan yang mahu dibentuk dan perjalanan sesebuah kerajaan mesti berpaksikan rakyat, bukan berpaksikan elit politik, elit ekonomi apatah lagi kepentingan asing.
Realitinya, Malaysia hari ini dikuasai oleh warlord.
Penaungan politik (political patronage) atau politik naungan masih berleluasa.
Apabila UMNO kalah dalam PRU14 yang lepas, secara logiknya muka-muka baru akan mengambil alih parti kerana pertama kali UMNO kalah selepas 63 tahun berkuasa.
Justeru, Najib dan pasukannya perlu dipertanggungjawabkan.
Malangnya ia tidak berlaku kerana UMNO dipercayai masih dikuasai oleh warlords.
Ada satu kelompok dalam PH yang tidak bersedia untuk melihat negara dipimpin oleh Anwar Ibrahim kerana reformasi yang sebenar akan menghapuskan amalan politik naungan.
Kelompok yang membina kartel politik melalui penaungan politik ini sudah menghidu bahawa masa depan politik mereka gelap di bawah refomasi.
Oleh itu, mereka meninggalkan PH dan berpakat dengan parti lawan untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang.
Salah satu punca anak muda benci politik adalah kerana penguasaan warlord yang masih menebal.
Warlords juga menghalang anak-anak muda yang bersih dan berbakat untuk aktif dalam politik kerana ia akan mengancam kedudukan mereka.
Warlords hanya menarik anak-anak muda yang boleh menjadi pengikut setia atau ‘budak-budak’ mereka.
Dalam PRU2013, Pakatan Rakyat sebenarnya telah menguasai undi popular majoriti rakyat Malaysia iaitu sebanyak 50.87 peratus mengatasi BN hanya hanya meraih 47.38 peratus sahaja.
Walau bagaimanapun, oleh kerana kita mengamalkan sistem first past the post dan bukannya proportional representation maka jumlah kerusi yang dimenang oleh PR hanya 89 kerusi, kuasa pemerintahan masih kekal di tangan BN yang mendapat 133 kerusi.
Ini dapat difahami dengan mudah apabila kita dapati kerusi-kerusi yang jumlah pengundi besar iaitu di kawasan bandar dikuasai oleh PR manakala BN menguasai kerusi-kerusi luar bandar yang jumlah pengundinya kecil.
Bandingkan kerusi Kapar yang dimenangi oleh PR berjumlah 144,000 pengundi manakala kerusi Lawas hanya berjumlah seramai 18,000 pengundi.
Bezanya hampir lapan kali ganda.
Secara logiknya nilai undi seorang pengundi di Lawas menyamai nilai undi lapan orang di Kapar.
Sebagai parti yang berkuasa cukup lama, BN sudah tentu akan menggunakan apa sahaja kaedah untuk mengekalkan kuasa dan hegemoni mereka.
Persempadanan semula kawasan pilihan raya adalah antara taktik tersembunyi yang cukup berkesan cuma ia memakan diri BN apabila gerrymandering tahun 2003 memberikan kelebihan kepada pembangkang kerana kerusi-kerusi campuran bertambah berbanding sebelum itu.
Kewujudan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sendiri adalah strategi BN untuk menghalang kerajaan Selangor jatuh kepada pembangkang kerana dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1969, kerusi yang dimenangi oleh UMNO (Perikatan) dengan parti-parti pembangkang serta bebas adalah sama.
Waktu itu, Kuala Lumpur yang penduduk majoritinya kaum bukan Melayu adalah sebahagian daripada Selangor.
Satu lagi langkah kerajaan dahulu untuk mengekalkan kuasa adalah dengan memansuhkan pilihan raya kerajaan tempatan.
Ramai beranggapan bahawa pilihan raya kerajaan tempatan dimansuhkan untuk elak kaum bukan Melayu menguasai kerajaan tempatan kerana kaum bukan Melayu banyak mendominasi kawasan-kawasan bandar di negara ini.
Walhal 85 peratus bandar-bandar di negara kita majoriti penduduknya adalah orang Melayu.
Hakikatnya, pilihanraya kerajaan tempatan dimansuhkan kerana kerajaan Perikatan di bawah Tunku Abdul Rahman mahu kuasa yang lebih luas di tangan mereka dan pembangkang terus dikekang.
Waktu itu, wujud pertembungan antara pemimpin Majlis Perbandaran Georgetown yang dikuasai oleh Barisan Sosialis dengan kerajaan Perikatan yang berkuasa di negeri dan persekutuan.
Beberapa tahun selepas dimansuhkan, kerajaan Perikatan pernah menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja mengenai kerajaan tempatan tetapi syor suruhanjaya tersebut yang mencadangkan agar pilihan raya kerajaan tempatan diwujudkan semula telah ditolak mentah-mentah.
Selepas beberapa peristiwa yang berlaku dalam landskap politik kita, seharusnya kita merenung semula sejauh mana model sistem politik dan pentadbiran yang kita amalkan ini masih sesuai dengan bentuk yang sedia ada.
Politik baharu sebenarnya tidak akan wujud hanya dengan slogan yang indah semata-mata. Politik baru hanya akan wujud melalui perubahan sistem secara menyeluruh.
Kita kekal dengan demokrasi tetapi model demokrasi manakah sesuai dengan negara kita pada masa ini.
Kita ada tiga peringkat kerajaan tetapi hanya kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan dipilih secara langsung oleh rakyat.
Kerajaan peringkat ketiga iaitu kerajaan tempatan dilantik oleh pemimpin kerajaan negeri walhal kerajaan tempatan adalah kerajaan yang paling dekat dengan rakyat.
Hasilnya wakil-wakil rakyat sama ada ahli parlimen atau ADUN keliru dengan tugas sebenar mereka.
Tugas menggubal undang-undang menjadi tugas sampingan manakala peranan sebagai ‘pegawai kebajikan’ atau ‘ahli majlis’ diutamakan.
Rakyat juga menerima pandangan sebegitu.
Oleh itu, wakil-wakil rakyat atau pemimpin politik perlu miliki duit yang banyak untuk memenangi hati rakyat serta membayar atau menggaji pemimpin-pemimpin komuniti yang bekerja untuk mereka.
Akta Pendanaan Politik perlu segara dibentangkan dan diluluskan.
Reformasi institusi berlu bermula dengan memperkukuhkan peranan institusi penting negara terutamanya Parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM) dan pejabat peguam negara.
Perubahan-perubahan ini mungkin mengambil sedikit masa tetapi rakyat mesti diyakinkan bahawa ia perlu dilakukan.
Masa depan politik Malaysia akan lebih baik jika warlord berundur secara sukarela tetapi saya percaya ia mustahil berlaku selagi mereka masih sihat atau bernyawa.
Tiada pilihan lain, anak-anak muda perlu menunjukkan jalan keluar kepada mereka dalam pilihan raya akan datang.
* Hasbie Muda merupakan Exco Pemuda AMANAH Nasional, Parti Amanah Negara
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Hasbie Muda
Thu Aug 26 2021
![Malaysia: Harapan dan masa depan Malaysia: Harapan dan masa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71629951931_SidangParlimenKh.jpg)
Masa depan politik Malaysia akan lebih baik jika warlord berundur secara sukarela tetapi, ia mustahil berlaku selagi mereka masih sihat atau bernyawa. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
!['Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa' 'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723763122_MangsaKemalangan.jpg)
'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'
Sakinah yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pusat Kegiatan Guru Manong dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah.
Presiden Palestin umum bakal lawat Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Khamis mengumumkan bahawa beliau merancang untuk melawat Semenanjung Gaza, walaupun serangan Israel yang telah membunuh lebih 40,000 orang setakat ini masih berterusan.
Mahmoud yang berucap kepada parlimen Turkiye di Ankara semasa sesi khas mengenai Palestin, beliau akan mengadakan lawatan tersebut bersama pemimpin Palestin yang lain.
Mahmoud yang berucap kepada parlimen Turkiye di Ankara semasa sesi khas mengenai Palestin, beliau akan mengadakan lawatan tersebut bersama pemimpin Palestin yang lain.
Parlimen Thailand putuskan siapa PM baharu
Parlimen Thailand hari ini akan bersidang bagi bagi mengadakan mesyuarat khas memilih seorang Perdana Menteri baharu susulan keputusan mahkamah yang menyingkirkan Srettha Thavisin, Rabu lepas.
![Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723762175_MatthewPerry.jpg)
Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry
Defendan mengambil kesempatan daripada isu ketagihan Perry untuk meraih kekayaan bagi diri mereka.
![Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723756050_MahmoudAbbas.jpg)
Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel
"Saya mengumumkan kepada anda dan dunia bahawa saya telah memutuskan untuk pergi ke Semenanjung Gaza bersama semua pemimpin Palestin."
![Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723756932_TokyoJapan.jpg)
Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil
Central Japan Railway Co. batalkan semua perkhidmatan kereta api laju Tokaido Shinkansen antara Tokyo dan Nagoya sepanjang hari pada Jumaat.
![Abang Johari terima Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Terbilang ASEAN Abang Johari terima Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Terbilang ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723756131_AbangJohari.jpg)
Abang Johari terima Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Terbilang ASEAN
Anugerah itu diberikan oleh Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik dan Kelab Ekonomi ASEAN sebagai menghargai kepimpinan Premier Sarawak.
![MOT sedia bantu kerajaan Pahang realisasi bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan MOT sedia bantu kerajaan Pahang realisasi bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723756219_AnthonyLoke.jpg)
MOT sedia bantu kerajaan Pahang realisasi bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan
Setakat ini, MOT masih lagi belum menerima sebarang permohonan Lesen Pengendali Aerodrom daripada pemaju projek.
![Dua mangsa nahas maut di Kuala Kangsar dikenal pasti anak-beranak Dua mangsa nahas maut di Kuala Kangsar dikenal pasti anak-beranak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723694795_KemalanganMaut.jpg)
Dua mangsa nahas maut di Kuala Kangsar dikenal pasti anak-beranak
Siasatan awal di lokasi mendapati kereta jenis Honda City yang dipandu wanita itu dari arah Kuala Kangsar menuju arah Manong.
![Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723759603_FadillahYusof.jpg)
Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah
Mesyuarat itu merupakan pertemuan tertinggi menteri-menteri ekonomi APEC yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tenaga.
![PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690800163_IsmailSabri.jpg)
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
![Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668767184_TBISMAILSABRI.jpg)
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
![Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668752236_TBISMAILSABRI.jpg)
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
![Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669110155_TBISMAILSABRI.jpg)
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
![Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668420650_IsmailSabriYaakob.jpg)
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
![PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669017618_IsmailSabri.jpg)
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
![MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668748485_Dutchcourt.jpg)
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
![PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668420650_IsmailSabriYaakob.jpg)
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
![Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668659758_TBIsmailSabri.jpg)
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
![PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666866453_MajlisAmanatJelaja.jpg)
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.