KUALA LUMPUR: Majoriti perwakilan UMNO yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini, menyatakan sokongan terhadap usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti tahun ini.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata menerusi undian yang dijalankan pada 4.52 petang tadi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, mendapati majoriti perwakilan bangun dan mengangkat tangan menyokong usul tersebut.
"Majoriti perwakilan UMNO bangun dan angkat tangan sokong Usul Ucapan Dasar Presiden dengan satu tambahan iaitu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan.
"Yang tidak sokong pun diminta berdiri dan angkat tangan, tapi bilangan sangat sedikit," katanya dalam hantaran di Twitter hari ini.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil menerusi hantaran di Facebook mengesahkan usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dikekalkan dan tidak dicabar pada pemilihan tahun ini, diterima dan disokong hampir semua perwakilan selain semua usul yang dibawa oleh perwakilan.
BACA SEMUA BERHUBUNG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2022
Usul tambahan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO akan datang dicadangkan perwakilan dari Negeri Sembilan Mohd Shukri Samsudin, semalam.
Pemilihan UMNO perlu dilaksanakan sebelum 19 Mei tahun ini iaitu enam bulan selepas tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) diiringi Timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan ketika tiba pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di WTC Kuala Lumpur. Turut kelihatan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. - fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

KJ saman Jamal Yunos, tuntut RM1 juta
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar. Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung sidang media semasa PAU 202

Majoriti perwakilan UMNO sokong jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertandingkan
Majoriti perwakilan UMNO yang hadir pada PAU2022 di sini, menyatakan sokongan terhadap usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti tahun ini.

PAU2022: 'Kita menuntut Najib diberikan keadilan di mahkamah'
Ahmad Zahid mendakwa, sedari awal, UMNO percaya Najib berdepan pendakwaan politik dan terpilih.

Mesyuarat MKT bincang tarikh PAU, isu kelulusan RoS
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi malam tadi membawa beberapa perbincangan antaranya tarikh Persidangan Agung UMNO dan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengenai usul pindaan Perlembagaan UMNO.