KUALA LUMPUR: Parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), MIC mendakwa, syarat-syarat yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara parti gabungan Kerajaan Perpaduan tidak pernah dibincangkan mahupun dipersetujui Majlis Tertinggi BN.
Setiausaha Agung MIC, RT Rajasekaran dalam pandangan peribadinya berkata, selepas mesyuarat terakhir pada 22 November lalu, Majlis Tertinggi BN tidak pernah memanggil sebarang mesyuarat untuk membuat keputusan berkenaan secara bersama.
Bahkan, tegas beliau, di bawah Perlembagaan BN, Pengerusi BN tidak boleh dan tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan yang berkaitan dengan Ahli-Ahli Parlimen BN tanpa berunding dengan parti komponen dalam gabungan itu.
Katanya, ini juga terpakai kepada Akuan Berkanun (SD), yang kononnya ditandatangani oleh Ahli-Ahli Parlimen BN sebelum Pilihan Raya Umum, SD tidak pernah disahkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi BN.
"Saya juga percaya bahawa tidak semua Ahli Parlimen BN telah menandatangani SD.
"Saya membangkitkan isu SD di sini, sekiranya terdapat hujah balas bahawa Pengerusi BN telah diberikan kuasa tanpa had di bawah SD tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Dalam dokumen perjanjian Kerajaan Perpaduan yang dimeterai antara lima gabungan politik, kelmarin antara syaratnya ialah mengikat mana-mana Ahli Parlimen yang gagal, enggan dan cuai untuk mengekalkan keabsahan Kerajaan Perpaduan Malaysia dalam sebarang undian di Parlimen perlu mengosongkan kerusi mereka serta-merta.
Dokumen itu antara lain menjelaskan, setiap parti gabungan hendaklah mengundi untuk menyokong Perdana Menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan dan atau apa-apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan keabsahan Kerajaan Persekutuan.
Turut digariskan ialah setiap parti hendaklah bertanggungjawab menguruskan secara dalaman bagi memastikan sokongan Parlimen untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan Malaysia dalam sebarang undian.
Dalam pada itu, Rajasekaran yang juga pengamal undang-undang mendakwa, sehingga hari ini, beliau tidak percaya mana-mana parti komponen diberikan salinan SD yang telah mereka laksanakan sebelum ini.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan bagaimana Pengerusi BN melaksanakan MoU tanpa mendapat kelulusan Majlis Tertinggi.
Selain itu, beliau juga percaya parti komponen mahupun ahli Majlis Tertinggi BN tidak diberi salinan MoU untuk disemak dan memberi pendapat mereka tentang syarat perjanjian.
"Jelas sekali, MoU itu tidak boleh dan tidak boleh mengikat mana-mana Ahli Parlimen sekiranya Majlis Tertinggi BN tidak mengesahkan perjanjian tersebut.
"Ia juga tidak sesuai dengan tugas mana-mana Ahli Parlimen untuk mengikat diri mereka dengan kerajaan ini tanpa terlebih dahulu mengambil kira kepentingan terbaik pengundi mereka," katanya.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana jika dasar kerajaan tidak selaras dengan objektif dan prinsip setiap parti komponen dalam BN.
Soal beliau, bagaimana pula sekiranya setiap Ahli Parlimen tidak memutuskan apa-apa dasar dan undang-undang tertentu berdasarkan kesedaran dan kepentingan terbaik mereka untuk pengundi mereka.
"Nampaknya tidak kira betapa teruknya dasar kerajaan atau betapa tidak popular atau tidak adilnya kerajaan, Ahli Parlimen perlu menyokong kerajaan kerana takut kehilangan kerusi mereka.
"Saya percaya ini bukan objektif undang-undang anti lompat parti yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu," katanya.
Hafizi Rosli
Sun Dec 18 2022

MIC mendakwa, syarat-syarat yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara parti gabungan Kerajaan Perpaduan tidak pernah dibincangkan mahupun dipersetujui Majlis Tertinggi Barisan Nasional.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.

50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.

Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.