KUALA LUMPUR: Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) menjadi parti terbaru diterima sebagai parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun.
Beliau berkata Majlis Tertinggi GRS yang bermesyuarat petang tadi telah sebulat suara meluluskan permohonan kedua-dua parti tempatan itu menyertai gabungan itu.
"GRS kini mempunyai tujuh ahli (parti), " katanya dalam kenyataan ringkas di sini, malam ini.
Selain LDP dan PHRS, parti komponen GRS lain ialah Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).
LDP ditubuhkan pada 1989 dan kini diketuai oleh Presiden Datuk Chin Su Phin, bekas Senator Dewan Negara (2011-2014) dan bekas Presiden Tan Sri Chong Kah Kiat ialah Ketua Menteri Sabah ke-13.
PHRS, sebaliknya ditubuhkan pada 2016 dan kini diketuai oleh Presiden Tan Sri Liew Yun Fah, bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah (2014).
GRS dipimpin Ketua Menteri Sabah, yang juga Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor, sejak pembentukan gabungan berkenaan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) pada September 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023

Majlis Tertinggi GRS yang bermesyuarat petang tadi telah sebulat suara meluluskan permohonan kedua-dua parti tempatan itu menyertai gabungan itu. - Gambar fail/ Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

UPSR, PT3 tidak lagi relevan, KPM terus perkasa PBS - Fadhlina
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak lagi relevan untuk dilaksanakan dalam pentaksiran pendidikan murid sekolah, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

PBS, STAR tetap komited beri sokongan kepada GRS - Joniston
Dakwaan kononnya dua parti komponen GRS itu ingin bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) pada PRN Sabah akan datang adalah tidak berasas.

GRS perlu terbuka kerjasama dengan parti punya sokongan rakyat - Armizan
Gabungan Rakyat Sabah perlu terbuka bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai sokongan signifikan rakyat negeri ini terutama dalam mendepani Pilihan Raya Negeri akan datang.

JBPM peruntuk lebih RM2 juta perkasa pasukan bomba sukarela
Terdapat 367 PBS di seluruh negara dengan lebih 8,000 keanggotaan, setakat Disember lepas.

STAR, PBS tidak mahu terburu-buru bergabung, ingin pastikan kerjasama teratur
Kedua-dua parti ketika ini melihat kepada usaha untuk mengadakan program secara bersama yang mampu membantu rakyat Sabah.

PBS, STAR dijangka tandatangani memorandum kerjasama sebelum Tahun Baru Cina
Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dijangka akan menandatangani memorandum kerjasama yang antara lain bagi memperkukuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

PBS, STAR sepakat bincang kerjasama dan persefahaman antara parti
PBS dan STAR mencapai kata sepakat untuk memulakan perbincangan rasmi mengenai usaha mewujudkan persefahaman serta kerjasama antara kedua-dua parti.

PBS tubuh jawatankuasa bincang gabungan parti - Joachim
Jawatankuasa itu akan diketuai Setiausaha Agung parti Datuk Julita Majungki.

Langkah gabung PBS, STAR wajar dipertimbang - Joniston
Sebarang idea atau langkah yang mampu mempromosi perpaduan dan memperkukuh GRS wajar disokong.