KOTA KINABALU: Cadangan menggabungkan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) wajar dipertimbang namun memerlukan perbincangan menyeluruh serta teliti antara pemimpin kedua-dua parti, kata Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Joniston Bangkuai.
Ketua Penerangan PBS itu berkata sebarang idea atau langkah yang mampu mempromosi perpaduan dan memperkukuh GRS wajar disokong.
Bagaimanapun, Joniston yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu, berkata idea itu sepatutnya dibincangkan terlebih dahulu secara menyeluruh oleh majlis tertinggi kedua-dua parti.
"Memandangkan landskap politik Sabah yang dinamik, penggabungan PBS dan STAR berupaya melambangkan transformasi yang strategik. Pertimbangan utama ialah perpaduan dan ia mampu memperkukuh gabungan GRS di peringkat negeri," menurutnya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Semalam, Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mendedahkan cadangan untuk menggabungkan parti itu dan PBS dengan matlamat memperkukuh kedudukan politik masing-masing sebelum pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang akan datang.
Semasa PRN Sabah ke-16 pada September 2020, PBS dan STAR masing-masing memenangi tujuh dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri. Sabah memiliki 73 kerusi DUN.
Selain PBS dan STAR, gabungan GRS terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah, Parti Maju Sabah, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu, Parti Liberal Demokratik serta Parti Harapan Rakyat Sabah. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2023

Joniston berkata sebarang idea atau langkah yang mampu mempromosi perpaduan dan memperkukuh GRS wajar disokong. - Gambar fail

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Penggabungan PDP-PSB ikut undang-undang - Tiong
Tiong King Sing turut menegaskan penggabungan itu juga tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil (PRK) di Sarawak.

PBS tubuh jawatankuasa bincang gabungan parti - Joachim
Jawatankuasa itu akan diketuai Setiausaha Agung parti Datuk Julita Majungki.

Langkah gabung PBS, STAR wajar dipertimbang - Joniston
Sebarang idea atau langkah yang mampu mempromosi perpaduan dan memperkukuh GRS wajar disokong.

Pasca PRU15: Sudah ada pilihan hati - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan memberi bayangan bahawa sudah ada pilihan hati dibuat berhubung gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

PRU15: Penyertaan BN dalam gabungan lain tidak sah, tiada rundingan dilakukan - Zahid
BN akan mengemukan Akuan Bersumpah (SD) kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk dipertimbangkan.

COVID-19: Varian baharu 'Deltacron' ditemui
Sebanyak 25 kes dikesan setakat ini berkaitan varian Deltacron, yang merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron.

UMNO terbuka kerjasama dengan mana-mana parti selepas PRU15 - Tajuddin
Buat masa ini parti itu muktamad tidak akan berunding untuk bekerjasama dengan PKR, DAP, dan Bersatu untuk mendepani PRU15.

DAP terbuka cari konsensus dengan mana-mana parti - Anthony Loke
DAP sentiasa terbuka untuk mencari konsensus dengan mana-mana parti, sama ada dalam kalangan rakan dalam gabungan atau parti luar.

Pas, Bersatu, BN tidak mampu hadapi PRU bersendirian - Mohd Amar
Ketiga-tiga parti melalui Perikatan Nasional (PN) perlu bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

BN terbuka terima parti lain untuk perkukuh gabungan - Tok Mat
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan berkenaan.