KUALA TERENGGANU: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta kepimpinan kerajaan negeri bagi membincangkan mengenai perancangan pembangunan ekonomi di negeri berkenaan serta State Government 4 (SG4).
Mesyuarat tersebut diadakan secara tertutup selama hampir satu jam setengah di Pejabat Menteri Besar Terengganu di Wisma Darul Iman dekat sini, semalam.
Menurut Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, pertemuan yang berjalan dalam suasana cukup positif itu turut memberi penerangan serta pencerahan mengenai kedudukan masa kini pelaburan di Terengganu serta negeri-negeri SG4 lain.
"Dalam sesi mesyuarat tersebut, Dr Mahathir menekankan mengenai penubuhan struktur rasmi SG4 bagi memulakan agenda pelaburan di empat negeri berkenaan secara pantas.
"Kepimpinan SG4 mestilah berteraskan pada ‘business friendly state government’ bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke negeri-negeri tersebut.
"Keempat negeri itu perlu digabungkan sebagai satu badan untuk melaksanakan agenda pelaburan yang menguntungkan semua pihak," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, beberapa pelaburan telah dikenal pasti untuk SG4 memulakan perancangan pelaburan secara kolektif bagi memanfaatkan empat negeri-negeri di bawah gabungan tersebut.
Dalam pada itu, Khairuddin menyatakan Dr Mahathir turut melakukan kunjungan ke kediaman Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Rusila, Marang.
"Dr Mahathir juga menunaikan solat Zohor berjemaah di Masjid Rusila selain meluangkan masa selama hampir sejam bersama Abdul Hadi sebelum itu bagi membincangkan pelbagai isu negara masa kini.
"Dalam perjalanan pulang ke lapangan terbang, Dr Mahathir sempat membuat lawatan ke kilang usahawan makanan tempatan Adeqsue dan Muslim Food di Kuala Terengganu bagi memberi sokongan moral ke arah mengembangkan lagi perniagaan mereka," katanya.
Sebelum ini, empat negeri di bawah pentadbiran pembangkang iaitu Kedah, Kelantan Perlis dan Terengganu tampil dengan idea penubuhan SG4.
Antara langkah awal diambil selepas penubuhan SG4 ialah melantik Dr Mahathir sebagai penasihat bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu membantu menarik pelaburan terutama dari Jepun, China, Korea Selatan dan Timur Tengah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 03 2023
Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan Ahmad Samsuri (tiga, kiri) serta kepimpinan kerajaan negeri di Pejabat Menteri Besar Terengganu di Wisma Darul Iman, 2 Nov 2023. - Foto Media MB Terengganu/Sinar Harian
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Steven Sam berkata, yang paling bertuah adalah anak-anaknya kerana berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang lebih istimewa.
AWANI Ringkas: Pencarian MH370 | Harga minyak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Dua dekad tsunami | Aceh berdamai dengan bencana
Dua dekad selepas tragedi tsunami 2004, kisah komuniti Desa Weu Raya , Loknga menjadi bukti komuniti Aceh bangkit semula dengan semangat baharu dan berdaya tahan terhadap ancaman bencana pada masa akan datang.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 Disember 2024
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
Jepun longgar peraturan visa pelancong China
Langkah itu diambil susulan tindakan China pada akhir November untuk menyambung semula pengecualian visa bagi pelawat Jepun jangka pendek.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Tidak pernah wujud kaedah 'pintu belakang' kemasukan pelajar ke universiti awam
Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menegaskan bahawa kaedah ‘pintu belakang’ sama sekali tidak pernah wujud dalam proses kemasukan pelajar ke mana-mana universiti awam di Malaysia.
Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.
Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
RCI Batu Puteh: 'Kalau ada siasatan, saya sedia' - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad sedia memberi kerjasama jika siasatan jenayah terhadapnya mahu dimulakan susulan syor daripada laporan RCI Batu Puteh.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
RCI Batu Puteh: Ini pengkhianatan besar terhadap negara - PM Anwar
Pendedahan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan menunjukkan wujudnya pengkhianatan.
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.