SEREMBAN: Kerusi Parlimen Kuala Pilah kemungkinan bakal menyaksikan pertembungan antara Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Setiausaha akhbar Menteri Besar Negeri Sembilan, Norazman Mohamad yang bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Sebelum ini Khairy disebut bertanding di Parlimen Port Dickson, namun sejak akhir-akhir ini namanya disebut pula bertanding di Kuala Pilah memandangkan kerusi itu dilihat lebih selamat buat penyandang kerusi Parlimen Rembau itu.
Ia berikutan Parlimen Kuala Pilah antara kubu kuat UMNO yang mana empat daripada lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Juasseh, Seri Menanti, Senaling dan Johol merupakan milik UMNO manakala Pilah milik PH di bawah calon PKR.
Menurut sumber UMNO, Khairy perlu bertanding di kerusi selamat bagi memastikannya menang kerana beliau merupakan aset parti dan mempunyai masa depan cerah dalam politik.
"Jadi kerusi Port Dickson tidak sesuai buat Khairy dan ada juga cadangan untuk letakkan beliau di Kuala Pilah, tengoklah nanti keputusan parti macam mana," katanya.
Nama Norazman pula disebut sebagai calon PH memandangkan Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan itu anak kelahiran Johol.
Meskipun Norazman masih baharu dalam PKR, namun penglibatannya dalam politik sudah lama dan pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam Pas sebelum ini.
"Kita tahu Kuala Pilah merupakan antara kubu kuat UMNO dan memberi cabaran besar buat PH.
"Tapi dengan pengalaman Norazman selain menjawat jawatan penting dalam PKR Negeri Sembilan dan pada masa sama berasal dari Kuala Pilah, ia menjadi faktor kenapa dia dipilih," kata sumber PKR.
Untuk rekod, Parlimen Kuala Pilah kini disandang oleh Datuk Eddin Syazlee Shith dari Bersatu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 20 2022
Norazman (kiri) dan Khairy (kanan) dikatakan akan bertembung di kerusi Parlimen Kuala Pilah pada PRU15. - Gambar/ Sinar Harian
Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel melebihi 46,000 orang
Angka kematian sejak 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya kanak-kanak dan wanita; kira-kira 109,378 orang lagi cedera.
1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Xizang
Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud.
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian
Maritim Malaysia dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah KDN sebagai perintis pengintegrasian teknologi AI dalam pengoperasian.
NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara
Faizul berkata, sejak sekian lama PPK membuat tempahan baja daripada NAFAS dan pengagihan berjalan mengikut jadual.
NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi
Hal ini bagi memastikan skim-skim strata yang dibangunkan dapat disediakan dokumen hak milik strata mengikut kehendak perundangan semasa.
Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).