Ketua Menteri Melaka yang baharu, Datuk Sulaiman Md Ali yakin bahawa kerajaan gabungan Perikatan Nasional di negeri itu mampu memberi gerak kerja yang terbaik buat rakyat.
Jelasnya, ia berdasarkan latar belakang setiap 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dibawah perikatan itu.
"Gabungan Perikatan Nasional setiap ADUN itu terdiri daripada pelbagai latar belakang, sudah pasti gabungan ini beri gerak kerja yang baik memandangkan keadaan yang berlaku ini memerlukan di kalangan mereka pelbagai latar belakang.
"Ia dapat memastikan kerja kemasyarakatan dan sebagainya perlu diselesaikan untuk rakyat negeri Melaka," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Tambah Sulaiman, sudah tiba masa bagi setiap ADUN di negeri itu memulakan kerja mereka demi rakyat sekaligus menamatkan kemelut politik Melaka.
Sementara itu, mengulas berkenaan lantikan Exco Kerajaan Negeri kata Sulaiman, beliau akan meneliti setiap nama yang akan disenaraikan sebelum mempersembahkannya kepada Tuan Yang Terutama, Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.
"Lantikan Exco, berilah saya peluang dahulu untuk saya ambil kira setiap sudut untuk kita senarai nanti.
"Saya akan persembahkan kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob untuk diperkenanakan dulu. Saya pasti dikalangan Exco juga diambil kira pelbagai sudut supaya bersama-sama menjalankan kerja yang hampir dua minggu tertunggak," katanya lagi.
Shuhada Abdul Kadir, Fareez Azman
Mon Mar 09 2020
![Ketua Menteri Melaka yakin gabungan Perikatan Nasional beri gerak kerja baik buat rakyat Ketua Menteri Melaka yakin gabungan Perikatan Nasional beri gerak kerja baik buat rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71583747530_MenteriMelakayakin.jpg)
Tambah Sulaiman, sudah tiba masa bagi setiap ADUN di negeri itu memulakan kerja mereka demi rakyat sekaligus menamatkan kemelut politik Melaka. - Foto Astro AWANI
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Bubar DUN: Keabsahan kerajaan 'caretaker'? PH Melaka akan rujuk mahkamah - Adly Bubar DUN: Keabsahan kerajaan 'caretaker'? PH Melaka akan rujuk mahkamah - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633440361_adlyzahari.jpg)
Bubar DUN: Keabsahan kerajaan 'caretaker'? PH Melaka akan rujuk mahkamah - Adly
Pakatan Harapan (PH) Negeri Melaka berpandangan adalah tidak wajar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dibenarkan menjadi Ketua Menteri kerajaan 'caretaker'.
![Saya terbuka kekalkan kedudukan empat Exco terdahulu - Ketua Menteri Melaka Saya terbuka kekalkan kedudukan empat Exco terdahulu - Ketua Menteri Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51583740629_DatukSulaiman.jpg)
Saya terbuka kekalkan kedudukan empat Exco terdahulu - Ketua Menteri Melaka
Ketua Menteri mempunyai tempoh tujuh hari bagi melantik barisan Exco dan perlu mendapat persetujuan Yang Di-Pertua Negeri itu.
![Ketua Menteri Melaka yakin gabungan Perikatan Nasional beri gerak kerja baik buat rakyat Ketua Menteri Melaka yakin gabungan Perikatan Nasional beri gerak kerja baik buat rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71583747530_MenteriMelakayakin.jpg)
Ketua Menteri Melaka yakin gabungan Perikatan Nasional beri gerak kerja baik buat rakyat
Ketua Menteri Melaka yang baharu, Datuk Sulaiman Md Ali yakin bahawa kerajaan gabungan Perikatan Nasional di negeri itu mampu memberi gerak kerja terbaik buat rakyat.
![Sulaiman Md Ali angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-12 Sulaiman Md Ali angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-12](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51583740629_DatukSulaiman.jpg)
Sulaiman Md Ali angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-12
Sulaiman yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri menyempurnakan Istiadat itu dihadapan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua, Tun Mohd Khalil Yaakob kira-kira jam 3.45 petang tadi.
![ADUN Lendu calon Ketua Menteri Melaka ke-12? ADUN Lendu calon Ketua Menteri Melaka ke-12?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51583670309_DatukSulaimanMdAl.jpg)
ADUN Lendu calon Ketua Menteri Melaka ke-12?
ADUN Lendu dari Barisan Nasional, Datuk Sulaiman Md Ali disebut-sebut antara calon terbaik yang akan mengemudi negeri Melaka.