AYER KEROH: Pakatan Harapan (PH) Negeri Melaka berpandangan adalah tidak wajar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dibenarkan menjadi Ketua Menteri kerajaan 'caretaker'.
Demikian jelas Pengerusinya, Adly Zahari dalam satu kenyataan media pada malam Selasa.
Ujarnya, PH Negeri Melaka akan merujuk perkara itu kepada mahkamah bagi memastikan keabsahan kerajaan 'caretaker' sepertimana yang diumumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
"Oleh itu, Pakatan Harapan Negeri Melaka berpandangan adalah tidak wajar untuk beliau dibenarkan menjadi Ketua Menteri 'caretaker government'.
"Ini selaras dengan apa yang berlaku (“precedent case”) pada 2 Mac 2020, di mana tugas pentadbiran Kerajaan Negeri dipertanggungjawabkan kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri sehingga Ketua Menteri baharu dilantik.
"Pakatan Harapan Negeri Melaka akan merujuk kepada mahkamah bagi memastikan keabsahan 'caretaker government; sepertimana yang diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka," jelasnya.
Dalam pada itu, Adly yang juga ADUN Bukit Katil berkata PH berpandangan bahawa permohonan Sulaiman dalam membubarkan DUN adalah sikap tidak bertanggungjawab.
"Pakatan Harapan turut berpandangan bahawa permohonan Datuk Seri Haji Sulaiman Md Ali kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka untuk membubarkan DUN Melaka Keempat Belas mempamerkan sikap beliau yang tidak bertanggungjawab.
"Kerana rakyat masih lagi bergelut dengan pandemik COVID-19, malahan Pilihan Raya Negeri Sarawak telah ditangguhkan atas alasan yang sama," jelasnya lagi.
Terdahulu, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam bersetuju membubarkan DUN Melaka Keempat Belas berkuatkuasa pada Isnin.
BACA: DUN Melaka dibubar - Speaker
BACA: Bubar DUN: SPR akan adakan mesyuarat khas bincang PRN Melaka
Perkara itu dimaklumkan Ab Rauf dalam sidang media pada petang Selasa.
Jelasnya, keputusan itu dibuat Tun Mohd Ali selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah mengutuskan surat kepadanya berhubung empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri.
Fareez Azman
Tue Oct 05 2021
![Bubar DUN: Keabsahan kerajaan 'caretaker'? PH Melaka akan rujuk mahkamah - Adly Bubar DUN: Keabsahan kerajaan 'caretaker'? PH Melaka akan rujuk mahkamah - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633440361_adlyzahari.jpg)
Adly yang juga ADUN Bukit Katil berkata PH berpandangan bahawa permohonan Sulaiman dalam membubarkan DUN adalah sikap tidak bertanggungjawab. - Gambar fail
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![6 Negeri Memilih: Mesyuarat Khas SPR pada Rabu ini 6 Negeri Memilih: Mesyuarat Khas SPR pada Rabu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688355375_PENGERUSISPR.jpg)
6 Negeri Memilih: Mesyuarat Khas SPR pada Rabu ini
Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN ke-15.
![Bubar DUN: 97 peratus manifesto Kerajaan Negeri Sembilan telah ditunaikan - Aminuddin Bubar DUN: 97 peratus manifesto Kerajaan Negeri Sembilan telah ditunaikan - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687927920_SEREMBAN.jpg)
Bubar DUN: 97 peratus manifesto Kerajaan Negeri Sembilan telah ditunaikan - Aminuddin
Hanya tiga peratus janji yang dikemukakan dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) oleh Kerajaan Negeri Sembilan sebelum ini tidak dapat dilaksanakan.
![DUN Terengganu bubar secara rasmi, kerajaan negeri ditadbir 'caretaker' DUN Terengganu bubar secara rasmi, kerajaan negeri ditadbir 'caretaker'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687923377_DunTerengganu.jpg)
DUN Terengganu bubar secara rasmi, kerajaan negeri ditadbir 'caretaker'
Bermula hari ini Terengganu ditadbir kerajaan negeri sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN kelak.
![DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687922387_AminuddinHarun.jpg)
DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai
Keputusan itu juga sudah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
![Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz mohon perkenan tarikh bubar DUN Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz mohon perkenan tarikh bubar DUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687922445_BubarDun.jpg)
Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz mohon perkenan tarikh bubar DUN
Aminuddin yang tiba pada 10 pagi sempat melambai kepada petugas media yang berkumpul di hadapan pintu pagar utama sejak 9 pagi tadi.
![Kerajaan Pulau Pinang kini ditadbir kerajaan 'caretaker' - Chow Kon Yeow Kerajaan Pulau Pinang kini ditadbir kerajaan 'caretaker' - Chow Kon Yeow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687864430_ChowKonYeow.jpg)
Kerajaan Pulau Pinang kini ditadbir kerajaan 'caretaker' - Chow Kon Yeow
Pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang akan berfungsi sebagai kerajaan sementara atau 'caretaker government' sehingga kerajaan baharu dibentuk.
![PRN: DUN Terengganu dibubar esok - MB PRN: DUN Terengganu dibubar esok - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687862902_SamsuriMokhtar.jpg)
PRN: DUN Terengganu dibubar esok - MB
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu akan dibubarkan secara rasmi pada Rabu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
![Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz esok mohon bubar DUN Negeri Sembilan Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz esok mohon bubar DUN Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686130029_AminuddinHarun.jpg)
Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz esok mohon bubar DUN Negeri Sembilan
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Rabu bagi pembubaran DUN.
![PRN: 'Jangan buat keputusan penting atau umum projek' - BERSIH PRN: 'Jangan buat keputusan penting atau umum projek' - BERSIH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665032843_bersih.jpg)
PRN: 'Jangan buat keputusan penting atau umum projek' - BERSIH
Selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri, kesemua kerajaan negeri hanyalah berstatus kerajaan sementara.
![PRN: MB Terengganu menghadap Sultan mohon perkenan bubar DUN PRN: MB Terengganu menghadap Sultan mohon perkenan bubar DUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687828531_AhmadSamsuriMokhta.jpg)
PRN: MB Terengganu menghadap Sultan mohon perkenan bubar DUN
Beliau akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran DUN kepada baginda Sultan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.