SEREMBAN: Hanya tiga peratus janji yang dikemukakan dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) oleh Kerajaan Negeri Sembilan sebelum ini tidak dapat dilaksanakan.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ini kerana, ianya melibatkan perundangan di peringkat Persekutuan, manakala manifesto yang membabitkan negeri telah dilaksanakan sepenuhnya.
“Tempoh lima tahun memang kita telah gunakan bagi memastikan bahawa pembangunan negeri dilakukan bersungguh bagi memastikan apa yang kita katakan dapat kita kotakan dan 97 peratus manifesto telah laksanakan.
"Hanya tiga peratus melibatkan perundangan di peringkat Persekutuan yang tak dapat kita ubah iaitu Cuti Bersalin yang tak dapat kita laksanakan kerana ia melibatkan JPA dan ini merupakan satu perkara baik, dan hasil negeri terus meningkat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Wisma Negeri, Seremban, pada Rabu selepas menghadap Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Hinggap, Seremban bagi mendapatkan perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sembilan.
Terdahulu Tuanku Muhriz memberi perkenan DUN Negeri Sembilan dibubarkan 1 Julai ini bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Dalam pada itu Aminuddin berkata, kerajaan negeri tidak memutuskan untuk memberikan cuti khas pada Jumaat ini sempena Hari Raya Aidiladha.
Katanya, ia kerana 30 Jun merupakan hari terakhir pentadbiran kerajaan negeri, bagaimanapun kakitangan yang ingin bercuti boleh membuat permohonan cuti seperti biasa.
Dalam perlembangan lain, mengulas kerjasama jentera bersama Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di peringkat DUN jelasnya, gerak kerja itu telah pun bermula.
Jelasnya, kedua-dua kepimpinan meletakkan komitmen untuk memastikan kerjasama yang berlaku di peringkat Pusat dapat diterjemahkan di setiap DUN pada PRN ini.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Jun 28 2023

Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir menandatangani watikah pembubaran DUN Negeri Sembilan hari ini. Turut sama, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddun Harun (kanan). - Foto BERNAMA

Gene Hackman, isteri disyaki meninggal dunia untuk 'tempoh yang lama'
Pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian pasangan itu.

Mercedes AMG mampu rapatkan jurang guna jentera baharu W16 - Russell
Pemandu Britain itu berkata pasukan berkenaan menyasarkan kembali menjadi pasukan kedua terpantas, selepas menduduki tempat keempat pada 2024.

Imbau tragedi ngeri, berdoa kejadian tidak berulang setiap kali terlihat Highland Towers
Peristiwa itu menjadi titik mula kepada penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) JBPM.

Ragbi Malaysia intai khidmat tiga pemain naturalisasi
Ragbi Malaysia kini dalam proses mendapatkan tiga pemain naturalisasi bagi memperkuatkan skuad 15 sebelah kebangsaan.

JKR pantau 29 projek sakit, tiga faktor dikenal pasti
Sebanyak 29 daripada 801 projek fizikal yang sedang dalam pembinaan dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit, setakat bulan lepas.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

6 Negeri Memilih: Mesyuarat Khas SPR pada Rabu ini
Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN ke-15.

Bubar DUN: 97 peratus manifesto Kerajaan Negeri Sembilan telah ditunaikan - Aminuddin
Hanya tiga peratus janji yang dikemukakan dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) oleh Kerajaan Negeri Sembilan sebelum ini tidak dapat dilaksanakan.

DUN Terengganu bubar secara rasmi, kerajaan negeri ditadbir 'caretaker'
Bermula hari ini Terengganu ditadbir kerajaan negeri sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN kelak.

DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai
Keputusan itu juga sudah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz mohon perkenan tarikh bubar DUN
Aminuddin yang tiba pada 10 pagi sempat melambai kepada petugas media yang berkumpul di hadapan pintu pagar utama sejak 9 pagi tadi.

Kerajaan Pulau Pinang kini ditadbir kerajaan 'caretaker' - Chow Kon Yeow
Pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang akan berfungsi sebagai kerajaan sementara atau 'caretaker government' sehingga kerajaan baharu dibentuk.

PRN: DUN Terengganu dibubar esok - MB
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu akan dibubarkan secara rasmi pada Rabu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz esok mohon bubar DUN Negeri Sembilan
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Rabu bagi pembubaran DUN.

PRN: 'Jangan buat keputusan penting atau umum projek' - BERSIH
Selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri, kesemua kerajaan negeri hanyalah berstatus kerajaan sementara.

PRN: MB Terengganu menghadap Sultan mohon perkenan bubar DUN
Beliau akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran DUN kepada baginda Sultan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.