Kedudukan empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang memberi sokongan kepada gabungan Perikatan Nasional negeri Melaka akan ditentukan selepas pertemuan Ketua Menteri dengan ketua parti masing-masing di negeri itu.
Demikian jelas Ketua Menteri Melaka yang baharu, Datuk Sulaiman Md Ali berhubung kedudukan kesemua Ahli Exco itu yang sebelum ini dilantik dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Empat wakil rakyat itu dua dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Exco Perindustrian, Pelaburan dan Perdagangan Negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen; dan Exco Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Negeri, Datuk Noor Effandi Ahmad.
BACA: Sulaiman Md Ali angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-12
Manakala Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis dari PKR dan Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani, Datuk Norhizam Hassan Baktee dari DAP.
Jelas Sulaiman, keputusan hanya akan dibuat selepas pertemuan bersama ketua parti masing-masing sebelum senarai barisan Exco baharu kerajaan Perikatan Nasional dipersembahkan kepada Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dalam masa terdekat.
"Insya-Allah empat Exco ini, saya harus merujuk setelah mendapat keputusan daripada ketua parti mereka sendiri dan seterusnya akan saya persembahkan kepada Tuan Yang Terutama, Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dalam masa terdekat.
"Apabila telah mendapat keputusan daripada Tun Mohd Khalil, saya akan buat satu lagi sidang media membariskan Exco kerajaan negeri Melaka dalam masa terdekat. Buat masa ini, beri saya masa sedikit, saya mesti melakarkan di kalangan mereka (Exco) mempunyai latar belakang yang boleh beri kerjasama dengan semua pihak serta saya," kata Sulaiman.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Kesyukuran di sini pada malam Isnin.
Sulaiman yang juga ADUN Lendu itu berkata, beliau terbuka untuk mengekalkan kedudukan kesemua empat wakil rakyat itu dalam pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional Melaka, namun ianya perlu mendapat persetujuan Mohd Khalil.
Mengikut Perlembagaan Negeri, Ketua Menteri mempunyai tempoh tujuh hari bagi melantik barisan Exco dan perlu mendapat persetujuan Yang Di-Pertua Negeri itu.
Terdahulu, Sulaiman diangkat sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 dalam Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri di Dewan Seri Utama, Seri Negeri pada Isnin.
Shuhada Abdul Kadir, Fareez Azman
Mon Mar 09 2020

Ketua Menteri mempunyai tempoh tujuh hari bagi melantik barisan Exco dan perlu mendapat persetujuan Yang Di-Pertua Negeri itu. - Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Bubar DUN: Keabsahan kerajaan 'caretaker'? PH Melaka akan rujuk mahkamah - Adly
Pakatan Harapan (PH) Negeri Melaka berpandangan adalah tidak wajar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dibenarkan menjadi Ketua Menteri kerajaan 'caretaker'.

Saya terbuka kekalkan kedudukan empat Exco terdahulu - Ketua Menteri Melaka
Ketua Menteri mempunyai tempoh tujuh hari bagi melantik barisan Exco dan perlu mendapat persetujuan Yang Di-Pertua Negeri itu.

Ketua Menteri Melaka yakin gabungan Perikatan Nasional beri gerak kerja baik buat rakyat
Ketua Menteri Melaka yang baharu, Datuk Sulaiman Md Ali yakin bahawa kerajaan gabungan Perikatan Nasional di negeri itu mampu memberi gerak kerja terbaik buat rakyat.

Sulaiman Md Ali angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-12
Sulaiman yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri menyempurnakan Istiadat itu dihadapan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua, Tun Mohd Khalil Yaakob kira-kira jam 3.45 petang tadi.

ADUN Lendu calon Ketua Menteri Melaka ke-12?
ADUN Lendu dari Barisan Nasional, Datuk Sulaiman Md Ali disebut-sebut antara calon terbaik yang akan mengemudi negeri Melaka.