TEMERLOH: Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Temerloh, Siti Aisyah Ismail bersama 17 ahli jawatankuasa sayap itu yang dipilih, telah mengumumkan meletak jawatan.
Turut sama mengikut jejak tersebut ialah Pengerusi Tetap Srikandi Bahagian, Naib Ketua Srikandi, sembilan orang AJK Srikandi Bahagian, empat Ketua Srikandi cawangan dan empat AJK Bahagian yang berkuat kuasa 30 September lalu.
Siti Aisyah mendakwa sikap kepimpinan bahagian yang tidak boleh bertolak ansur menyebabkan mereka semua berasa diabaikan dan haknya sebagai Ketua Serikandi dinafikan.
“Jadi saya cuba minta bantuan daripada Datuk Seri Saifuddin Abdullah selaku BPN (Ketua Badan Pimpinan Negeri) dengan berjumpa secara empat mata berbincang, tetapi masih diabaikan permintaan kami supaya ada pembetulan dalam bahagian Temerloh.
"Setelah masuk setahun lebih sehingga persidangan baru ini dan persidangan cawangan, masih lagi benda sama berlaku.
"Jadi saya rasa sudah sampai masanya saya kena meletak jawatan kerana tidak ada kerjasama dan sangat tidak berpuas hati dengan kepimpinan pemangku ketua bahagian sekarang," jelasnya.
Menurut Siti Aisyah, setakat ini beliau belum membuat keputusan untuk keluar parti dan keputusan peletakan jawatan yang dibuat tidak ada kena mengena dengan tawaran daripada mana-mana parti.
Beliau yang dilantik menjadi penaja Srikandi pada 2016 dan menang pemilihan parti pada 2020 berkata surat peletakan jawatan tersebut diterima Setiausaha Bahagian Bersatu Temerloh, Syed Omar Syed Abdul Aziz pada 11 Oktober.
Pada masa ini Timbalan Bersatu Bahagian, Mohd Yusoff Abdullah, memangku jawatan Ketua Bahagian Temerloh selepas Tan Sri Tengku Azlan Sultan Ahmad Shah keluar parti.
Astro Awani
Sat Oct 15 2022
![Ketua, 17 AJK Srikandi Bersatu Temerloh umum letak jawatan Ketua, 17 AJK Srikandi Bersatu Temerloh umum letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665840509_KetuaSrikandiTemer.jpg)
Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Temerloh, Siti Aisyah Ismail bersama 17 ahli jawatankuasa sayap itu yang dipilih, telah mengumumkan meletak jawatan. - Foto Sinar Harian
![Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692702721_Rambutan.jpg)
Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas
Kira-kira jam 8.30 malam, pihak polis dimaklumkan berkaitan kematian seorang wanita berusia 72 tahun di Klinik Kesihatan Lawin.
![Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721029437_KualaLumpur.jpg)
Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang
Terdapat jangkaan pemulihan dalam eksport, dengan subsektor berkaitan teknologi mungkin dapat manfaat daripada kitaran mengembang teknologi.
Olimpik: Misi tersendiri atlet Palestin
Vallerie Tarazi menegaskan matlamat utamanya adalah mewakili jutaan rakyat Palestin yang tidak dapat bersuara.
Ikan paus jarang ditemui terdampar di New Zealand
Ia dipercayai ikan paus yang dikenali dengan nama spade-toothed whale.
Parti pimpinan Imran Khan diharamkan di Pakistan
Tehreek E-Insaf (PTI) iaitu parti yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjara, Imran Khan diharamkan oleh kerajaan negara itu. Keputusan itu seperti yang dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Maklumat, Ataullah Tarar pada isnin.
KP Sharma Oli angkat sumpah sebagai PM Nepal
Khadga Prasad Sharma Oli, pengerusi Parti Komunis Nepal (Unified Marxist Leninist) (CPN-UML), mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Nepal yang baharu pada Isnin. Beliau yang berusia 72 tahun melaksanakan ikrar di hadapan Presiden Ram Chandra Poudel, sekali gus menjadikan beliau empat kali memegang jawatan itu sepanjang penglibatannya dalam politik Nepal.
Keputusan Speaker: Kuasa speaker tidak diperjelas - Penganalisis
Kelompangan yang sangat jelas ketika ini ialah akta tersebut tidak menjelaskan dengan jelas bahawa kuasa speaker adalah secara pentadbiran sahaja dan bukan bertindak sebagai hakim.
![Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713584546_KhanYounis.jpg)
Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB
UNRWA berkata pemindahan sisa perang di Gaza akan memerlukan lebih daripada 100 lori dan kos melebihi AS$500 juta.
Keputusan Speaker: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal satu undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Pameran WIPO promosi industri kreatif dan produk harta intelek ASEAN
Malaysia amat komited untuk terus mengembangkan potensi harta intelek sebagai pemangkin dan enjin utama pertumbuhan negara.
![Ketua, 17 AJK Srikandi Bersatu Temerloh umum letak jawatan Ketua, 17 AJK Srikandi Bersatu Temerloh umum letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665840509_KetuaSrikandiTemer.jpg)
Ketua, 17 AJK Srikandi Bersatu Temerloh umum letak jawatan
Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Temerloh, Siti Aisyah Ismail bersama 17 ahli jawatankuasa sayap itu yang dipilih, telah mengumumkan meletak jawatan.