LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa beliau bersedia sekiranya dipanggil sebagai saksi berhubung kes pecah amanah dan salah guna dana kempen parti politik melibatkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Namun begitu menurut beliau, keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Muar itu hari ini, disifatkannya sebagai sesuatu yang menghairankan dan 'terlalu lambat' memandangkan Syed Saddiq telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes terbabit beberapa kali sebelum ini.
"(Sebelum ini) ada juga orang Armada yang kena panggil dan mereka (isytihar) sokong kerajaan, tak ada masalah (atau) apa-apa berlaku selepas itu, jadi kita hairan kenapa (perkara) ini berlaku (seperti) begitu, kalau dia (Syed Saddiq) buat benda salah, awal-awal lagi charge lah dia, tapi (mereka) tak charge, saya ingat tiga atau empat kali (sudah) dia kena panggil (untuk) disoal (siasat) tetapi tak ada charge," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas Sesi Penyerahan Bakul PERMAI di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi, di Kuah pada Khamis.
Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi turut mendakwa tindakan yang dilakukan ke atas bekas Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu merupakan taktik 'pembunuhan' karakter dalam politik.
Ini kerana katanya, Syed Saddiq menurutnya adalah seorang pemimpin yang memiliki karisma kepimpinan serta mempunyai ramai pengikut khususnya dalam kalangan anak muda.
Terdahulu, Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM1.1 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Khamis.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Syed Saddiq mengaku tidak bersalah 2 tuduhan pecah amanah
Ahli Parlimen Muar itu membuat pengakuan tidak bersalah dalam prosiding yang bermula pukul 9 pagi tadi.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada), menggunakan kapasiti yang telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas dana Armada, telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas dana tersebut, di mana tertuduh dengan curangnya telah membuat pengeluaran tunai berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi, parti itu.
Manakala bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq dituduh menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Abdul Hadi Awang
Thu Jul 22 2021
Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa beliau bersedia sekiranya dipanggil sebagai saksi berhubung kes pecah amanah melibatkan Syed Saddiq. - Foto Astro AWANI
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.
Mengenang Tun Daim: "Beliau mentor bagi usahawan muda Melayu' - Tun Mahathir
Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia memainkan peranan besar dalam membimbing anak-anak muda berbakat dalam perniagaan kata Tun Mahathir Mohamad.
Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham tokoh besar yang rendah diri' - Tun Mahathir
Tun Mahathir mengenang Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia hari ini, sebagai seorang tokoh besar yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara.
Rayuan saman Halim Saad terhadap Tun M ditetapkan 18 Ogos tahun depan
Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Ogos tahun depan untuk mendengar rayuan Tan Sri Halim Saad terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman beliau yang difailkan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Najib, Tun Mahathir sebumbung di mahkamah hari ini
Dua bekas Perdana Menteri dan juga seteru politik dijangka bertembung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini.
The Greater Kedah tidak bercanggah dengan SG4 - Tun Mahathir
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata kemajuan yang dikecapi Kedah kelak akan mewujudkan persaingan sihat antara negeri SG4.
Sudah berusia 99 tahun, Tun M masih aktif penuhi undangan kerja
Tun M mampu melakukan 15 aktiviti termasuk mesyuarat, wawancara, menghadiri majlis dan sebagainya dalam tempoh 30 September hingga 5 Oktober.
“Ambil tahu situasi di Asia Barat” - Amaran Tun M kepada negara kecil
Sekiranya negara-negara kecil diceroboh dan rakyatnya dibunuh beramai-ramai, boleh dijangka tiada bantuan daripada mana-mana pihak.
Tun M masuk IJN, kes saman terhadap fitnah Zahid Hamidi ditangguh
Dr Mahathir dikejarkan ke Institut Jantung Negara untuk rawatan pada petang semalam, kata peguam Mior Nor Haidir yang mewakili beliau.
Notis pengisytiharan harta kepada SPRM untuk siasatan terhadap bapa - Mirzan dan Mokhzani
Mirzan dan Mokhzani memaklumkan notis pengisytiharan harta mereka kepada SPRM adalah bagi siasatan yang sedang dijalankan terhadap Dr Mahathir.