Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands menjadi penyumbang kepada kemenangan calon BN, Ramli Mohd Nor.
Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penyatuan ummah serta bantuan oleh Pas amat jelas apabila pengundi yang mengundi untuk parti tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu memberi kepercayaan kepada BN.
"Ini jelas menerusi peti-peti undi yang sebelum ini dimenangi Pas tetapi atas kerjasama dua parti ini, iaitu UMNO dan Pas, ia dapat membuahkan hasil.
"Ini strategi yang amat baik dan kita akan meneruskan strategi dan kerjasama ini bagi memastikan agenda penyatuan ummah di negara ini dapat terus diperkasakan," kata Mohamad dalam sidang media selepas pengumuman keputusan PRK Cameron Highlands di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah di sini pada Sabtu.
BACA: BN kekalkan kerusi Cameron Highlands, Manogaran kalah lagi
Tambahnya, strategi yang dilaksanakan BN dengan menempatkan jenteranya bersama pengundi sepanjang tempoh berkempen turut membuahkan hasil.
Katanya, kaedah yang lain daripada lain itu akan diteruskan dalam PRK Semenyih pada Mac ini serta di tempat lain.
"Kemenangan ini amat manis dan menjadi pembakar semangat kepada jentera parti untuk menghadapi PRK Semenyih.
"Kita yakin jika kita berkerja kuat dan boleh menyakinkan rakyat bahawa BN masih lagi sebuah parti walaupun tidak lagi mentadbir kerajaan, tetapi jika diberikan peluang akan terus membawa agenda membangunkan rakyat," tambahnya.
BN berjaya mempertahankan kubu kuatnya di kerusi Parlimen Cameron Highlands apabila calonnya, Ramli Mohd Nor menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran dengan undi majoriti sebanyak 3,238.
Isabelle Leong
Sat Jan 26 2019
Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) berkata, penyatuan ummah serta bantuan oleh Pas amat jelas apabila pengundi yang mengundi untuk parti tersebut pada PRU14 lalu memberi kepercayaan kepada BN. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.