KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu yang bakal dibentuk disaran mempertimbangkan satu bentuk persetujuan bersama untuk berkongsi kuasa dan tadbir urus dalam negara melalui Parlimen dan institusi politik.
Koordinator Penyelidikan Research for Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid berkata, jika kuasa tersebut tidak diagihkan sama rata antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, polemik politik akan berterusan.
Justeru, beliau menegaskan, keadaan politik yang berlaku ketika ini bukan satu aspirasi yang diperlukan oleh rakyat.
"Jadi perkara itu perlu dilakukan bersama di mana pihak kerajaan yang akan dibentuk nanti memikir idea bipatisan secara struktural.
"Bukan sahaja bercakap seperti menawarkan sesuatu kepada pembangkang, namun tidak membawa pembangkang berbincang terlebih dahulu.
"Amalan demokrasi di Malaysia ini perlu dikaji dan dirunding bersama oleh kedua-dua belah pihak supaya mewujudkan kestabilan kerajaan dan politik Malaysia," katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Mesyuarat Raja-Raja Melayu petang ini
BACA: Pertemuan khas Raja-Raja Melayu bincang calon PM hari ini
Mengulas lanjut, Fakhrurrazi juga berpandangan, Perdana Menteri kesembilan perlu mengelak daripada membentuk barisan Kabinet yang berkonsepkan kepartian, sebaliknya mengerakkan struktur baharu yang lebih baik.
Jelas beliau, perspektif baharu harus dilihat dalam pembentukan Kabinet bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada institusi demokrasi dan tadbir urus negara.
"Perkara pertama sekali saya fikir Perdana Menteri akan datang perlu melantik seorang Menteri Kesihatan yang berpengalaman, berpengetahuan dan berwibawa untuk memahami dasar-dasar kesihatan bagi mengatasi COVID-19.
"Kalau kita lihat dulu Menteri Kesihatan dalam Kabinet, portfolio ini tidak begitu mendapat tumpuan daripada mana-mana ahli politik.
"Ini kerana sebelum ini menteri kanan datang daripada Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pendidikan. Tetapi hari ini, kita menyaksikan betapa pentingnya mempunyai seorang Menteri Kesihatan yang perlu bersama struktural dan berdasarkan sains dan fakta," ujarnya.
BACA: PN setuju secara bersyarat, namakan Ismail Sabri sebagai PM
Sehubungan itu, Fakhrurrazi berkata, legasi di mana keputusan membabitkan dasar dalam negara didominasi oleh badan eksekutif sahaja perlu diubah.
Sebaliknya, kata beliau, semak dan imbang bersama blok pembangkang perlu dijalankan bagi mengelakkan masalah teknikal atau isu berbangkit mengenai sesuatu keputusan.
Perkembangan politik negara menyusul selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada Isnin susulan hilang kepercayaan majoriti berikutan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO.
Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengadakan perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu untuk membincangkan isu-isu semasa, dipercayai menyentuh pembentukan kerajaan baharu.
Pada Isnin, Al-Sultan Abdullah memperkenan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri serta seluruh barisan Ahli Jemaah Menteri berkuat kuasa serta merta.
Dalam pada itu, Baginda turut perkenan untuk melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sementara (caretaker) sebelum calon Perdana Menteri Baharu dilantik semula.
Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pentadbiran Muhyiddin tumbang selepas 15 ahli UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Ahli Parlimen Bagan Datuk) menarik sokongan terhadap Kerajaan PN.
Ahmad Zahid membuat pengumuman itu dalam sidang media khas pada 3 Ogos lalu.
Hasimi Muhamad
Fri Aug 20 2021
![Kerajaan baharu disaran berkongsi kuasa, tadbir urus - Penganalisis Kerajaan baharu disaran berkongsi kuasa, tadbir urus - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629096827_MuhyiddinYassin.jpg)
Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Isnin susulan hilang kepercayaan majoriti berikutan penarikan sokongan oleh 15 Ahli Parlimen UMNO. - Gambar ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730458131_TBbersatu.jpg)
Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.
![[KOLUMNIS] Keikhlasan DAP terserlah melalui PRK DUN Mahkota [KOLUMNIS] Keikhlasan DAP terserlah melalui PRK DUN Mahkota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727596849_TBPRKMahkota.jpg)
[KOLUMNIS] Keikhlasan DAP terserlah melalui PRK DUN Mahkota
Maka, hari ini saya terpanggil untuk mengulas akan perihal ini memandangkan seolah-olah berlakunya situasi 'Rumah Siap, Pahat Berbunyi'.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![PRK Sungai Bakap: Siapa calon boleh menang, disenangi dan berpengetahuan? PRK Sungai Bakap: Siapa calon boleh menang, disenangi dan berpengetahuan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719119222_SungaiBakap.jpg)
PRK Sungai Bakap: Siapa calon boleh menang, disenangi dan berpengetahuan?
PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan, Joohari Ariffin dan calon PN, Abidin Ismail.
![Label 'budak suruhan' DAP, pecahan Pas hanya untuk rendahkan Amanah - Mujahid Label 'budak suruhan' DAP, pecahan Pas hanya untuk rendahkan Amanah - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702795477_MujahidYusof.jpg)
"Label 'budak suruhan' DAP, pecahan Pas hanya untuk rendahkan Amanah" - Mujahid
Ia sekali gus, ujarnya membolehkan Amanah akhirnya diperakui sebagai parti yang dihormati dan disegani oleh kawan serta pihak lawan.
![Masih belum terlambat BN keluar dari Kerajaan Perpaduan - Syed Muhammad Imran Masih belum terlambat BN keluar dari Kerajaan Perpaduan - Syed Muhammad Imran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701270322_SyedMuhammadImran.jpg)
Masih belum terlambat BN keluar dari Kerajaan Perpaduan - Syed Muhammad Imran
BN dan UMNO masih belum terlambat jika mahu 'kembali' menjadi pembangkang bersama PN berbanding menjadi boneka di dalam Kerajaan Perpaduan.
![Ahli Parlimen Jeli pula nyatakan sokongan kepada kepimpinan PM Anwar Ahli Parlimen Jeli pula nyatakan sokongan kepada kepimpinan PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699436420_TBjelijpg.jpg)
Ahli Parlimen Jeli pula nyatakan sokongan kepada kepimpinan PM Anwar
Seorang lagi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![PRK Jepak: Kemenangan GPS bukti rakyat Sarawak yakini kepimpinan Abang Johari PRK Jepak: Kemenangan GPS bukti rakyat Sarawak yakini kepimpinan Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644987841_TBdouglasuggah.jpg)
PRK Jepak: Kemenangan GPS bukti rakyat Sarawak yakini kepimpinan Abang Johari
Jumlah majoriti sebanyak 8,784 undi yang diperoleh Iskandar pada PRK itu adalah lebih dua kali ganda berbanding majoriti 4,243 undi yang diraih dalam PRN lepas.
![Usah jadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik - Agong Usah jadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik - Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41685878766_AgongAlSultanAbd.jpg)
Usah jadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik - Agong
Semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
![Majoriti responden belum puas hati cara kerajaan tangani inflasi, kos sara hidup - Kajian Majoriti responden belum puas hati cara kerajaan tangani inflasi, kos sara hidup - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678683332_KosSaraHidupBUDGET.jpg)
Majoriti responden belum puas hati cara kerajaan tangani inflasi, kos sara hidup - Kajian
Hanya 27 peratus responden Melayu dan 32 peratus responden semua kaum berpuas hati dengan pentadbiran Anwar dalam menangani kedua-dua isu berkenaan.