KUALA LUMPUR: Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan seluruh rakyat negara ini agar tidak menjadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik.
Yang di-Pertuan Agong bertitah, semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Baginda menambah, semua rakyat juga perlu menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam.
"Namun demikian, agama-agama lain masih boleh diamalkan dengan aman dan damai.
"Semangat penuh toleransi rakyat Malaysia dalam kemajmukan yang ada, sebenarnya adalah asas kekuatan utama negara.
"Justeru, bagi membina sebuah negara yang gagah perkasa, maju jaya, berwibawa, dan bermaruah, kita semua hendaklah membuang agenda retorik perpecahan.
"Sebaliknya, bersatu hati untuk mengemudi negara ke arah pembentukan masa hadapan yang lebih baik," titah Al-Sultan Abdullah malam ini, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda pada Isnin ini.
Dalam pada itu, baginda turut menzahirkan kesyukuran kerana hari keputeraan rasmi pada tahun ini disambut dalam suasana lanskap negara yang stabil dan sentosa.
Jelas Al-Sultan Abdullah, proses pembentukan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah berlangsung dengan penuh lancar dan dalam suasana aman dan damai.
"Ini adalah bukti jelas bahawa amalan demokrasi yang diamalkan sejak tujuh dekad yang lalu masih kekal subur di negara ini.
"Amalan demokrasi ini hendaklah terus menjadi asas kepada kestabilan dan keharmonian negara.
"Negara kita Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadi sebuah negara yang maju dan disegani," tambah Al-Sultan Abdullah.
Baginda berkata, kekuatan utama negara ini adalah kerana rakyatnya.
Oleh kerana itu, Al-Sultan Abdullah bertitah Malaysia telah dilimpahi dengan nikmat keamanan, kepelbagaian sumber, dan modal insan yang berkualiti serta mempunyai semangat juang yang tinggi.
Rakyat Malaysia juga, jelas baginda telah sekian lama berjaya mencipta nama di persada dunia dalam pelbagai bidang termasuk mencorak lanskap geopolitik serantau dan global.
Sementara itu, baginda turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan, anggota pentadbiran, penjawat awam serta anggota pasukan keselamatan yang menyumbang kepada kesejahteraan dan keamanan negara.
"Beta ingin mengajak barisan kepemimpinan negara untuk terus berkhidmat setulus hati dan meningkatkan usaha membentuk sistem pentadbiran negara yang cekap, mesra rakyat, dan berintegriti demi membela masa hadapan rakyat beta dan negara yang bertuah ini," titah Al-Sultan Abdullah lagi.
Al-Sultan Abdullah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai 2019.
Hasimi Muhamad
Sun Jun 04 2023

Yang di-Pertuan Agong bertitah, semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan - Foto/Tangkap layar video
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

Airbus sasar UAE bagi pembuatan komponen pesawat A400M, HAB MRO
Inisiatif itu akan meningkatkan peranan entiti yang berpangkalan di UAE, termasuk EPI dan Strata, dalam pengeluaran dan pembekalan komponen pesawat.

JKNS lancar kod QR Kempen Keselamatan Makanan sempena Ramadan
Menerusi penggunaan QR itu, sebarang aduan di bawah kawal selia JKNS akan disampaikan terus untuk tindakan lanjut.

Usah jadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik - Agong
Semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.