KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dan UMNO masih belum terlambat jika mahu 'kembali' menjadi pembangkang bersama Perikatan Nasional (PN) berbanding menjadi boneka di dalam Kerajaan Perpaduan, dakwa Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz.
Menurut Ketua Cawangan UMNO Kampung Melayu Batu Caves Selatan itu, 30 Ahli Parlimen BN juga kemungknan akan 'ditendang' keluar kerana jika tanpa gabungan itu, Kerajaan Perpaduan masih mempunyai sokongan yang mencukupi.
Kata beliau, ini kerana tujuh lagi Ahli Parlimen daripada pembangkang didakwa akan turut menyatakan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas lima Ahli PN berbuat demikian.
"30 Ahli Parlimen (BN) ini, anda semua rasa 'power' ke dalam kerajaan sekarang? Cuba fikir 147 (sokongan Ahli Parlimen) tolak 30 (BN), jadi 117.
"Tetapi 117 masih lagi kerajaan, tambah lagi 12 (daripada PN) yang menyokong, akan jadi 129 sokongan. Rasanya Anwar hendak anda semua lagi ke (dalam kerajaan)?
"Masa itu Anwar pun tak nak anda semua lagi...," dakwanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di laman sosial pada Rabu.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menjadi wakil rakyat kelima daripada PN yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Syed Muhammad Imran mendakwa, jika BN memilih untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan, gabungan itu didakwa perlu mengikut telunjuk daripada DAP.
Sementara, bagi kepimpinan di Sarawak pula, Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia itu berkata, Kerajaan Negeri tersebut berfikiran matang, selain mendakwa tidak akan berkongsi kerusi dengan DAP pada masa akan datang.
Astro Awani
Wed Nov 29 2023

Syed Muhammad Imran mendakwa, jika BN memilih untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan, gabungan itu didakwa perlu mengikut telunjuk daripada DAP. - Gambar Bernama

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

Pemilihan PKR Mei ini penting perkukuh parti, menjelang PRU16 - Shamsul Iskandar
Buat pertama kalinya, anggota parti akan memilih kepimpinan baharu ketika Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

'Jangan kacau, itu (Bella) saya punya' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengambil peluang menyampaikan baju Melayu berona biru dan merah jambu ketika berpeluang bertemu Perdana Menteri.

57 MP pembangkang khianati usaha reformasi institusi Parlimen - PM
Sokongan penuh dua pertiga Ahli Parlimen dalam meluluskan RUU berkenaan, adalah membuktikan betapa kukuh dan stabil Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar.

PM arah pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan
Perdana Menteri sendiri akan melawat beberapa Bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara langsung.

Autonomi Parlimen: Dewan Rakyat lulus RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025
Dewan Rakyat luluskan RUU Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025, bertujuan untuk memberi laluan kepada pembentukan Majlis Parlimen Malaysia

PM beri teguran agar tidak sentuh isu 3R
Jelas Perdana Menteri, perkara yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan Raja tidak seharusnya berulang.

Pengembalian autonomi Parlimen sebahagian besar reformasi institusi Madani - PM
Kerajaan mahu pastikan Parlimen berfungsi sebagai badan legislatif yang benar-benar bebas, berwibawa, dan berdaya saing.

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.

Caruman wajib pekerja asing juga untuk pertahankan kepentingan pekerja tempatan - PM
Anwar berkata, caruman dua peratus itu adalah kadar yang minimum berbanding amalan di negara lain dan tidak bebankan pekerja asing serta majikan.