Pakatan Harapan (PH) Melaka hari ini mencabar blok pembangkang negeri mengemukakan Akuan Bersumpah (SD) kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob bagi membuktikan mereka mendapat sokongan majoriti wakil rakyat.
Pengerusi DAP Melaka Datuk Tey Kok Kiew berkata, tindakan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyangkal 'hakikat' bahawa Adly Zahari mempunyai sokongan untuk mempertahankan pentadbiran adalah hanya sekadar menghangatkan suhu politik semasa.
"Dia ini cukup kelakar. Kalau kita tidak cukup dan mereka sebaliknya, kenapa tidak pergi kemukakan sahaja SD kepada TYT dan mengatakan sudah cukup bilangan?
"Tidak payah mencabar, semua orang faham niat dia cuma untuk mengkucar-kacirkan dan menakutkan rakyat. Itu tidak baik, kerana waktu ini, apa yang penting kita hendak mententeramkan keadaan dan kestabilan politik kita," katanya.
Tey berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) di sini hari ini.
Adly sebelum ini menegaskan, pentadbiran kerajaan negeri masih berjalan seperti biasa, sekali gus mengesahkan beliau kekal sebagai Ketua Menteri sehingga kini, meskipun komposisi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) berubah susulan tindakan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) keluar daripada Pakatan Harapan (PH).
Langkah itu menjadikan PH dan Barisan Nasional (BN) negeri masing-masing mempunyai 13 kerusi DUN, manakala Bersatu dua kerusi.
BACA: 'Adly perlu buktikan punya sokongan Adun Melaka' - Ab Rauf
BACA: Status quo kekal di Melaka, sidang Dun ditangguh - Ketua Menteri
Ab Rauf pada Khamis menyangkal dakwaan berkenaan dan menggesa Adly mengemukakan bukti beliau mendapat sokongan majoriti wakil rakyat.
Kemelut politik Melaka sekali lagi hangat diperkatakan selepas ADUN Rembia yang juga Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis, yang pernah dikaitkan dengan pembentukan 'kerajaan pintu belakang' sebelum ini, menyatakan kecewa dengan pentadbiran PH selama 22 bulan di Melaka.
Sementara itu, Tey yang juga Timbalan Pengerusi PH Melaka, menyangkal dakwaan Muhammad Jailani dan menegaskan rakyat di negeri ini dapat menilai segala usaha yang dibuat PH negeri.
"Kita dah buat macam-macam program kebajikan untuk rakyat, daripada perumahan, pendidikan dan keagamaan. Tanya orang ramai, buatlah tinjauan, pasti mereka akan memuji usaha yang dibuat kerajaan PH Melaka.
"Adly adalah antara pemimpin yang terbaik di Malaysia. Kenapa dia boleh pertikaikan kewibawaan kepemimpinan negeri kita ini?" katanya.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Feb 28 2020
TEY: Semua orang faham, niat dia cuma untuk mengkucar-kacirkan dan menakutkan rakyat. Itu tidak baik. - Astro AWANI
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Insiden buli UPNM: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar
Kementerian Pertahanan mengambil beberapa langkah dan peraturan dalam usaha membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pelajar UPNM berulang.
PLKN 3.0 dilaksana bermula Januari 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan.
Situasi di Laut China Selatan selamat dan terkawal - Adly
Walaupun kehadiran kapal China di perairan negara mencetuskan polemik, namun sehingga hari ini mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti dilakukan kepada negara lain.
Malaysia sering terima kunjungan kapal pertahanan dari negara luar
Malaysia sering menerima kunjungan kapal-kapal pertahanan dari negara luar sebagai sebahagian daripada hubungan bilateral.
Perjanjian jual beli saham LTAT dalam Affin Bank kepada Sarawak bakal beri impak positif
Melalui kerjasama pelaburan strategik ini, dana persaraan anggota ATM akan diuruskan dengan lebih berkesan dan efisien.
Lawatan PVM bukti kebajikan veteran dalam perhatian kerajaan - Adly
Lawatan itu bukan hanya untuk melihat perkembangan veteran ATM tetapi juga memastikan skim bantuan yang disediakan disalurkan dengan efektif.
Masyarakat diseru bantu veteran ATM daftar dengan JHEV
Kelebihan pendaftaran itu membolehkan golongan berkenaan menerima pelbagai bantuan yang disalurkan kerajaan secara lebih efektif.
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.