KUALA LUMPUR: Tugas ahli-ahli politik ketika ini adalah untuk berubah, jadi lebih matang dengan membawa politik itu kembali kepada keseimbangannya.
Tegas Tan Sri Annuar Musa, keadaan ekuilibrium ini sangat penting supaya usaha memulihkan negara daripada krisis cetusan pandemik COVID-19 ini dapat berjalan dengan lancar.
“Dalam suasana ekuilibrium politik yang belum mantap setelah kerajaan Pakatan Harapan jatuh, kemudian terbentuk kerajaan Perikatan Nasional, dan dengan 15 orang menarik diri telah mewujudkan satu disekuilibrium yang agak serius.
“Jadi tanggungjawab kita sebagai ahli politik sekarang ini untuk menyegerakan proses mewujudkan keseimbangan,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Sabtu.
Kata Ahli Parlimen Ketereh itu, ini merupakan satu seni bina politik yang menuntut kreativiti para penggerakknya, tidak boleh lagi terus berpegang dengan cara lama.
Zaman politik solo, politik dominan, politik ketuanan, politik ‘big brother’, kata Annuar, sudah berlalu. Kini waktu menerima realiti kebergantungan hidup bersama dengan memperkasakan budaya kerjasama.
“Mana-mana parti yang ingin terus hidup, dia amat bergantung kepada keupayaan untuk berunding dan membentuk satu konfigurasi kerjasama atau satu bentuk seni bina baharu yang mungkin tidak sama dengan sebelumnya.
“Tapi dalam sistem sebegini, harus ada kelompok teras," katanya.
Beliau percaya, politik Melayu dan Islam yang menjadi teras negara ini perlu diperkasakan. Jika benar caranya, mudahlah agenda inklusiviti dapat dilaksanakan sebaiknya.
“Budaya politik konfrantasi, budaya politik ‘demand’, politik ugut yang menggunakan kuasa untuk menggugat keseimbangan, ini semua harus dihentikan.
“Kita kena cari titik persamaan, bukan perbezaan," jelasnya.
Maka kata Annuar suasana hari ini sewajarnya dimanfaatkan untuk membentuk semula gabungan kekuatan orang Melayu dan umat Islam dalam satu arah yang betul.
Beliau berharap semangat Muafakat Nasional dapat diperkasakan semula dalam bentuk yang tidak eksklusif, menerima realiti kepelbagaian kaum di negara ini, serta kepimpinan yang dapat memberi rasa selesa bukan kepada mana-mana kelompok kaum tertentu sahaja, tetapi keselesaan yang dapat dirasai semua.
Israr Khalid
Sun Aug 22 2021
Annuar menegaskan cara lama berpolitik perlu ditinggalkan. - Foto fail/BERNAMA
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.
Pengguna tamak dan culas jadi sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA
Pengguna yang bersikap tamak, culas dan sambil lewa ketika menggunakan sebarang perkhidmatan dalam talian, merupakan sasaran utama penjenayah siber.
Dasar yang stabil, bersifat jangka masa panjang penting untuk jayakan usaha nyahkarbon - CEO Gentari
Dasar yang stabil dan bersifat jangka masa panjang tanpa sebarang perubahan asas yang ketara penting dalam usaha peralihan tenaga.