KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa Naib Presiden MIC, A Kohilan Pillay tidak faham isu tetapi cuba menunjuk pandai.
Nazri menegaskan ketidakfahaman Kohilan terserlah apabila cuba berhujah tentang mereka yang disifatkan ‘pelacur politik’ kerana berpindah tempat untuk bertanding dalam pilihan raya.
Kata Nazri, mereka yang menang di sesuatu kawasan dan berpindah ke kawasan lain bukan 'pelacur' sebaliknya ‘pahlawan’ yang bertanding untuk menawan tempat baharu.
“Saya nak beritahu Kohilan, orang seperti (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan Lim Kit Siang pergi ke tempat lain dalam keadaan mereka menang di tempat asal mereka.
“Dr Mahathir sebelum bersara menang di Kubang Pasu, Anwar sebelum ini menang di Permatang Pauh dan Kit Siang menang di Ipoh Timur.
“Mereka ini pergi ke kawasan baharu sebagai pahlawan yang mahu menawan tempat baharu bukan kalah tempat lama dan ‘melacur’ untuk cari tempat baharu.
“Kena faham perkara ini sebelum bagi kenyataan,” katanya kepada Astro AWANI.
BACA: 'Itu pelacur politik' - Nazri Aziz balas komen Presiden MIC
Mohamed Nazri turut melabelkan Kohilan sebagai ‘katak’ yang melompat parti untuk dapat kerusi pilihan raya.
“Sebelum ini dia dari Gerakan tetapi lompat masuk MIC untuk jadi calon.
“Bila bagi peluang bertanding di Puchong kalah sebab masyarakat India tidak terima ‘katak yang melacur’.
“Dia kata saya ‘mabuk politik’, saya nak beritahu dia, semabuk-mabuk saya, sejak pertama kali bertanding di Padang Rengas hingga 2018, saya tak pernah kalah biarpun ada tsunami politik,” dakwanya lagi.
Pada Ahad, Kohilan mendakwa Mohamed Nazri sebagai semakin ‘hilang kawalan’ apabila melabelkan Presiden MIC Tan Sri V.A Vigneswaran sebagai ‘pelacur politik’ kerana cuba berpindah kawasan selepas tewas di Kota Raja pada 2008.
Irwan Muhammad Zain
Sun Aug 21 2022
!['Kalau tidak faham isu jangan bercakap', pesan Nazri pada Naib Presiden MIC 'Kalau tidak faham isu jangan bercakap', pesan Nazri pada Naib Presiden MIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661090633_nazriaziz.jpg)
Nazri menegaskan ketidakfahaman Kohilan terserlah apabila cuba berhujah tentang mereka yang disifatkan pelacur politik kerana berpindah tempat untuk bertanding dalam pilihan raya.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hanya duta dijemput ke majlis angkat sumpah Trump - Nazri Aziz Hanya duta dijemput ke majlis angkat sumpah Trump - Nazri Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737425905_DonaldTrumpangkat.jpg)
Hanya duta dijemput ke majlis angkat sumpah Trump - Nazri Aziz
Duta Besar Malaysia ke AS jawab tohmahan segelintir pihak mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke upacara angkat sumpah Donald Trump.
![Resepsi bertemakan perkahwinan tradisional Melayu mulakan kepengerusian ASEAN 2025 Malaysia dengan meriah Resepsi bertemakan perkahwinan tradisional Melayu mulakan kepengerusian ASEAN 2025 Malaysia dengan meriah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733695728_ASEANperkahwi.jpg)
Resepsi bertemakan perkahwinan tradisional Melayu mulakan kepengerusian ASEAN 2025 Malaysia dengan meriah
Resepsi dianjurkan bagi meraikan Setiausaha Pertama Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB, Nizhan Faraz Rizal dan isteri.
![Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723003506_AnnuarMusaNazriA.jpg)
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
![Nazri Aziz sesuai sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat - Zahid Hamidi Nazri Aziz sesuai sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat - Zahid Hamidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676192033_TBNazriAziz.jpg)
Nazri Aziz sesuai sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat - Zahid Hamidi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz merupakan personaliti yang sesuai sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, kata Ahmad Zahid.
![Jangan sekat demokrasi dalam UMNO - Nazri Aziz Jangan sekat demokrasi dalam UMNO - Nazri Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666315986_UMNOPafangRengas.jpg)
"Jangan sekat demokrasi dalam UMNO" - Nazri Aziz
Usaha menghalang jawatan tertentu tidak dipertandingkan akan memperlihatkan UMNO sebuah parti yang tidak lagi demokratik.
!['Kalau tidak faham isu jangan bercakap', pesan Nazri pada Naib Presiden MIC 'Kalau tidak faham isu jangan bercakap', pesan Nazri pada Naib Presiden MIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661090633_nazriaziz.jpg)
'Kalau tidak faham isu jangan bercakap', pesan Nazri pada Naib Presiden MIC
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Naib Presiden MIC, A Kohilan Pillay sebagai seorang yang tidak faham isu tetapi cuba menunjuk pandai.
!['Apa beza lompat seekor dengan lompat sekumpulan? Sama sahaja' - Nazri 'Apa beza lompat seekor dengan lompat sekumpulan? Sama sahaja' - Nazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41659024533_dialogtigapenjuru.jpg)
'Apa beza lompat seekor dengan lompat sekumpulan? Sama sahaja' - Nazri
Datuk Seri Nazri Aziz bertegas agar jangka masa tetap untuk Parlimen selama lima tahun dibuat bagi menghalang wakil rakyat khianat terhadap rakyat yang mengundi.
!['Bukan isu saya takut kalah tapi masa belum sesuai untuk PRU15' - Nazri 'Bukan isu saya takut kalah tapi masa belum sesuai untuk PRU15' - Nazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81654528716_TBNAZRIAZIZjpg.jpg)
'Bukan isu saya takut kalah tapi masa belum sesuai untuk PRU15' - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan beliau tidak mahu PRU15 disegerakan bukan kerana takut kalah tetapi masanya belum sesuai.
![Meluat tengok YB Shah Alam - Nazri Aziz Meluat tengok YB Shah Alam - Nazri Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649648751_TBNazriAziz.jpg)
Meluat tengok YB Shah Alam - Nazri Aziz
Khalid minta pendirian Nazri berhubung parti yang mengambil Ahli Parlimen yang melompat parti.
![Pertemuan Menteri UMNO: Mungkin bincang keperluan PRU15 lebih awal - Nazri Pertemuan Menteri UMNO: Mungkin bincang keperluan PRU15 lebih awal - Nazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71610441435_TBNazriAziz.jpg)
Pertemuan Menteri UMNO: Mungkin bincang keperluan PRU15 lebih awal - Nazri
Pertemuan beberapa Menteri UMNO di sebuah hotel di Putrajaya mungkin berbincang mengenai keperluan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 lebih awal.