PUTRAJAYA: Dalam politik, istilah 'perkahwinan' antara dua parti berbeza tidak sesuai digunakan sebaliknya perkataan 'kerjasama' lebih sesuai apabila parti politik bergabung membentuk kerajaan.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah kerjasama politik yang turut digalakkan Yang di-Pertuan Agong.
Mengulas kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mendakwa akan berlaku perpecahan dalam gabungan itu, Anthony Loke menegaskan beliau hairan mengapa bekas Perdana Menteri itu seolah-olah mahu lihat perpecahan dalam Kerajaan Perpaduan.
"Saya nak ingatkan Ismail Sabri, kerjasama PH dan BN ini dinasihatkan Yang di-Pertuan Agong.
"Sebagai parti yang mendukung kepada Rukun Negara, kita setia kepada nasihat Seri Paduka Baginda untuk mengukuhkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.
"Dia (Ismail Sabri) tiap-tiap hari ingin lihat perpecahan dalam kerajaan hari ini. Saya tak tahu apa niat beliau untuk lihat perpecahan Kerajaan Perpaduan ini," katanya.
Tambah beliau, setiap parti dalam kerajaan sedang berusaha memperkukuhkan hubungan meskipun setiap parti berbeza ideologi dan pandangan.
Begitupun, tegasnya, setiap perbezaan itu dapat ditangani dengan matang.
"Kabinet bekerja dengan sangat baik. Menteri tidak bincangkan isu ini. Kepentingan negara menjadi fokus kerajaan pada waktu ini.
"Kita tak bincang perpecahan dalam Mesyuarat Kabinet, kita bincang agenda nasional termasuk tiket penerbangan," ujarnya.
Media sebelum ini melaporkan Ismail Sabri berkata 'perkahwinan paksa' antara PH dan BN tidak akan berjaya jika tiada rasa cinta antara kepimpinan tertinggi parti atau di peringkat akar umbi.
Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, keretakan kini mula dilihat dalam "perkahwinan paksa" antara parti dalam kerajaan kerana mereka secara terbuka menyerang satu sama lain.
Ridauddin Daud
Mon Apr 17 2023

Menurut Loke, setiap parti dalam kerajaan sedang berusaha memperkukuhkan hubungan meskipun setiap parti berbeza ideologi dan pandangan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kahwin paksa: Loke ingatkan Ismail Sabri, kerjasama PH-BN atas nasihat Agong
Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah kerjasama politik yang turut digalakkan Yang di-Pertuan Agong.

Suami kahwinkan isteri dengan kekasih
Sejak berkahwin pada 19 Februari lalu, Sujit sering melihat isterinya bersedih dan akhirnya Shanti mengaku bahawa dia sebenarnya mempunyai kekasih serta dipaksa berkahwin.

Plot bunuh suami gagal, 17 saudara jadi mangsa
Niat buruk membunuh suami sendiri gagal sebaliknya 17 saudara pula yang maut akibat terminum susu beracun.

Gadis 17 tahun dipaksa berkahwin enam kali
Seorang gadis berusia 17 tahun dari Hafeezbabanagar, India yang telah dipaksa berkahwin oleh ibu bapanya sebanyak enam kali.